Ronan berkabung untuk Gately, hentikan promosi album - Berita Hiburan | mStar

Ronan berkabung untuk Gately, hentikan promosi album

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahli-ahli Boyzone (kiri ke kanan) Keith Duffy, Ronan Keating, Mikey Graham dan Shane Lynch membacakan satu kenyataan untuk mengenang rakan mereka, Stephen Gately di lapangan terbang Son San Joan di Palma de Mallorca pada 16 Oktober 2009.-Foto REUTERS

RONAN Keating telah menangguhkan perancangannya untuk mempromosikan album solo terbarunya kerana ingin berkabung di atas kematian rakannya, Stephen Gately.

Ahli anggota Boyzone itu telah pergi ke Majorca, Sepanyol dengan anggota lain kumpulan tersebut setelah mendapat berita tentang kematian mengejut Gately, baru-baru ini.

Dia kemudiannya kembali ke Ireland mengiringi kumpulan yang membawa pulang mayat Gately untuk upacara pengebumian pada 17 Oktober lepas.

Keating kemudiannya bercadang untuk memberhentikan seketika aktiviti promosi albumnya sehinggalah dia bersedia untuk membuat kemunculan semula kelak.

Album Keating dijadualkan berada di pasaran pada 16 November depan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan