Freddie: Gelaran Datuk satu penghormatan buat Karyawan

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang membawa gelaran Datuk.

Freddie atau nama sebenarnya Frederick John Fernandez adalah antara 1,144 penerima darjah kebesaran dan pingat-pingat negeri Pahang bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah ke79, hari ini.

Freddie ketika dihubungi melahirkan rasa gembira dengan pengiktirafan tersebut dan menyifatkan gelaran Datuk yang diberikan itu sebenarnya cukup besar untuk digalas.

"Saya sendiri terkejut bila dapat tahu menerusi suratkhabar bahawa saya antara penerima anugerah tersebut kerana sebelum ini saya tidak dimaklumkan apa-apa langsung.

"Saya cukup terharu kerana Sultan Pahang sentiasa memandang tinggi individu di dalam industri hiburan. Bagi saya secara peribadinya, penganugerahan ini adalah satu penghormatan kepada Karyawan sendiri.

"Ahli-ahli Karyawan adalah tulang belakang saya di dalam sebarang perancangan yang saya lakukan untuk menjaga kebajikan penggiat seni tempatan.

"Atas kerjasama yang diberikan oleh merekalah telah membuatkan usaha saya selama ini mendapat perhatian," kata Freddie.

Menurutnya lagi, pengiktirafan seperti itu adalah tanggungjawab yang besar buat dirinya untuk terus memastikan nasib penggiat seni di negara ini tidak terabai.

"Saya perlu melipatgandakan lagi usaha. Selagi termampu, saya akan meneruskan kerja-kerja amal bersama Karyawan untuk terus membela nasib penggiat seni.

"Saya akui, ia bukannya satu perkara mudah. Namun, berbekalkan semangat yang saya ada sejak bertahun-tahun dulu bersama Karyawan, saya akan pastikan apa yang saya lakukan ketika ini akan berterusan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Freddie turut memberikan reaksi mengenai Pembentangan Belanjawan 2010 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengumumkan tentang penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian yang mana sejumlah RM3 juta akan diperuntukkan sebagai geran pelancaran.

Ujar Freddie, penubuhan tabung tersebut dilihat sebagai satu inisiatif yang positif oleh kerajaan untuk membantu nasib penggiat seni yang memerlukannya.

Freddie juga berharap, dana tersebut dapat disalurkan juga kepada persatuan tersebut agar pihaknya dapat terus membantu penggiat seni yang kurang bernasib baik dan yang telah ‘pencen’ daripada dunia lakonan dan seni.

"Selama ini, Persatuan Karyawan telah cuba sedaya-upaya untuk membantu penggiat seni yang terlantar sakit termasuklah yang sudah pencen.Setakat ini, kami mempunyai 26 orang artis veteran di dalam Skim Pencen yang kami wujudkan sendiri.

"Setiap bulan, kami menyediakan RM500 seorang kepada mereka. Untuk aspek tersebut, kami memerlukan RM13,000 setiap bulan agar kami dapat terus membantu mereka,” kata Freddie.

Katanya, itu tidak kira lagi bantuan yang kami salurkan kepada penggiat seni yang sakit.

“Kami perlu menjalankan pelbagai aktiviti dan program untuk memastikan kewangan mencukupi untuk membantu mereka.Ternyata apa yang dicadangkan oleh kerajaan ini merupakan satu usaha yang baik sebagai sokongan kepada apa yang telah kami lakukan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan