Nanu Baharuddin akhirnya dipilih menjadi Qistina

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Akhirnya aktres Nanu menjadi pilihan pihak Global Station Sdn Bhd. -foto The Star oleh AZMAN GHANI
Akhirnya aktres Nanu menjadi pilihan pihak Global Station Sdn Bhd. -foto The Star oleh AZMAN GHANI

PERWATAKAN aktres Nanu Baharuddin yang menghampiri watak Qistina menjadikan dia pilihan yang paling tepat untuk menggantikan Norish Karman.

Puas berahsia tentang aktres mana yang akan bawa watak Qistina di musim baru, akhirnya pihak produser Global Station Sdn Bhd mengumumkan nama Nanu Baharuddin di sebuah sidang akhbar di ibu kota petang tadi.

Sebelum ini, terdapat banyak spekulasi tentang siapa yang akan menjadi Qistina di musim ketiga Spa-Q. Antara nama-nama yang disebut termasuk Umie Aida dan Sofia Jane.

Ketika ditanya adakah benar Norish Karman disingkirkan?

"Norish bukan disingkirkan tetapi kami hanya ingin menampilkan muka-muka baru bersesuaian dengan tajuk baru dan bersiaran di Astro," kata Adila Datuk Ramly, penerbit eksekutif Global Station Sdn Bhd, yang juga anak kepada produser Zaiton Mohd Jiwa.

Bukan saja watak utama ditukar, malah tajuk drama bersiri yang pernah di siarkan di TV3 dan kini di Astro, akan membawa tajuk baru 'Spa Qistina'. Drama bersiri popular ini pernah bersiaran sebanyak 60 episod.

Banyak muka-muka baru akan menjadi penyeri Spa Qistina yang akan bersiaran pada bulan Januari 2010 seperti Fasha Sandha sebagai Frieda, Nora Danish (Maya), Rizman Khuzaini (Ade Putra), Kefli AF3 dan barisan pelakon-pelakon lama seperti Farahdiya dan Azizah Mahzan.

Azizah, yang sebelum ini tidak pasti akan berlakon lagi untuk musim baru, akhirnya kelihatan di sidang akhbar. Azizah akan mengekalkan wataknya sebagai Marlia, kakak Qistina.

Penulis skrip drama ini adalah Rina Khan sementara pengarah untuk musim ini ialah Zul Arshad.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan