Lebih 350 pelanggan hadir di Majlis Rumah Terbuka AstroLife bersama Mustika

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

STESEN penyiar berbayar terunggul di Malaysia, Astro terus meraikan para pelanggan setia mereka apabila meraikan lebih daripada 350 pelanggan pakej Mustika di sebuah Majlis Rumah Terbuka Mustika di ibukota hari ini.

Majlis Rumah Terbuka ini adalah sebahagian daripada program bagi menghargai para pelanggan melalui acara-cara aktiviti promosi bergerak yang telah dijadualkan berlangsung sepanjang tahun.

Menurut Timbalan Presiden Perniagaan Melayu di Astro; Encik Khairul Anwar Salleh, ”Tanggungjawab kami bukan hanya memberikan hiburan terbaik di kaca tv para pelanggan tetapi juga mendapatkan maklum balas interaktif dari semasa ke semasa bagi memperbaiki mutu perkhidmatan kami.

Sehingga hari ini, kami amat berbangga dengan pencapaian pakej Mustika yang telah berjaya meyakinkan lebih daripada 355,000 pelanggan sejak ia mula diperkenalkan pada bulan Jun tahun ini.

Kami yakin angka ini akan bertambah apabila tiga saluran yang ditawarkan dalam pakej ini sentiasa mengemaskinikan hanya program-program yang terbaik untuk tontonan pelanggan semua pada setiap masa.”

Ramai artis turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya dan jamuan penghargaan ini.

Wajah eksklusif Astro, Farid Kamil dan Lisa Surihani tidak ketinggalan untuk beramah mesra serta menyertai sukaneka yang telah diadakan bersama pelanggan.

Para pelanggan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Burn dan Siti Saida. Bukan itu sahaja, Chelsia Ng dan Que Haidar turut hadir memeriahkan acara.

Azrol Raja Lawak pula tidak henti-henti berceloteh bersama para pelanggan dan mengacarakan majlis pada petang itu.

Pakej Mustika yang menjanjikan hiburan lengkap untuk seisi keluarga ditawarkan pada harga yang berpatutan, iaitu RM12.95 sebulan mempunyai tiga saluran baru iaitu Astro CITRA (saluran 131), Astro WARNA (saluran 132) dan B4U (sAluran 133).

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan