Kru Julia Roberts rampas kamera pelancong

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGAMBARAN filem Eat, Pray, Love yang dibintangi Julia Roberts di Pasar Ubud, Gianyar, Bali sempat diwarnai aksi rampas kamera milik pelancong asing oleh pihak kru.

Kamera tersebut dirampas oleh seorang bodyguard yang bertindak selaku tenaga pengamanan semasa pengambaran filem di pasar tradisional tersebut.

Setelah kameranya diambil, pelancong bertengkar dengan pihak kru film itu, namun pelancong yang keturunan Inggeris tersebut, tidak berhasil mengambil kembali barangnya.

Kejadian itu terjadi apabila pelancong tersebut cuba menceroboh masuk dengan membuat aksi bising untuk mengalih perhatian mereka yang bertugas. Namun tindakan pelancong tersebut tidak berhasil menembus penghadang polis.

Shooting filem itu berlangsung dengan sekuriti yang sangat ketat, baik yang berasal dari kru filem maupun pihak polis setempat.

Sebelum ini masyarakat tempatan tidak senang dengan pengambaran artis Hollywood di kampung mereka. Ianya diibaratkan seperti satu pencemaran tapi lama kelamaan, pengambaran itu dapat diterima warga tempatan.

"Kami sudah menjelaskan kepada warga, akhirnya mereka mengerti. Padahal sebelumnya wilayah ini sempat panas," kata seorang pemimpin di Puri Ubud tersebut.

Puluhan warga di Desa Bentuyung, Ubud, melakukan tunjuk perasaan menolak daerahnya dipakai lokasi shooting film tersebut.

Namun suasana menjadi tenang bila ketua kampung, Bupati Gianyar Tjok Ardana Sukawati dan pihak polis masuk campur.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan