Ahmad Dhani yakin mampu berpoligami!

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan komposer Ahmad Dhani yakin yang dirinya mampu berpoligami setelah meneliti konsep poligami yang dihalalkan dalam Islam tetapi dengan syarat dia harus mampu dari segi fizikal dan mental.

Maka tidak hairanlah dia digelar sebagai salah seorang artis yang tidak menolak poligami apabila pernah mengakui mahu mempunyai lebih dari seorang isteri. Alasannya kerana bapa kepada tiga orang anak ini merasa mampu.

"Jika tidak mampu, jangan berpoligami tetapi kalau saya sudah pasti mampu kerana saya seorang yang mempunyai 'paras rupa' dan 'berduit'," ujar Dhani.

Menurut duda penyanyi Maia Estianty itu, poligami adalah tradisi yang sudah ada berabad-abad lalu. Tambahnya, tiada gunanya untuk menolak hal itu terutama bagi golongan wanita.

"Asal-usul kita poligami itu bukan kerana ikutan tetapi kerana memang sudah wujud sejak dulu lagi. Kalau wanita tahu yang tradisi itu sudah diamalkan sejak ribuan tahun dulu, pasti mereka tidak akan menolak poligami," jelas Dhani lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan