Whitney kahwin dengan saya untuk hentikan gosip biseksual - Bobby

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Bobby Brown menceritakan di dalam buku pendedahan terbarunya bahawa Whitney Houston berkahwin dengannya untuk menamatkan spekulasi tentang kecenderungan seks penyanyi wanita itu.

Berhubung masalah rumahtangga mereka, khabar angin telah tersebar dengan mengatakan Houston pernah menjalinkan hubungan dengan pembantu wanitanya, Robin Crawford.

"Perkahwinan itu sudah berada dalam keadaan teruk sejak awal lagi. Saya rasa, kami berkahwin kerana sebab yang salah. Sekarang saya sedar Whitney mempunyai agenda berbeza berbanding saya apabila kami berkahwin.

"Saya percaya, agendanya ialah untuk membersihkan imejnya sedangkan saya ingin rasa dicintai dan mempunyai anak," luah Brown di dalam bukunya, 'Bobby Brown: The Truth, The Whole Truth and Nothing But...'

"Media mendakwanya menjalinkan hubungan sejenis dengan pembantunya, Robin Crawford. Memandangkan dia sering digambarkan dengan imej yang baik, cerita seperti itu akan memberi kesan kepada dirinya.

"Dalam keadaan Whitney ketika itu, penyelesaian yang terbaik ialah berkahwin dan melahirkan anak. Itu akan melenyapkan semua spekulasi sama ada ia benar atau tidak," tulisnya.

Brown dan Houston berpisah pada tahun 2007.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan