Diaz tidak tahu hala tuju hidupnya!

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Hollywood Cameron Diaz berkata dia tidak tahu apa yang diinginkan di dalam hidupnya.

Pelakon berusia 37 tahun itu tidak pasti berapa lama dia akan terus berlakon atau dia akan berkahwin dan mempunyai anak.

"Saya belum pun berusia 40 tahun dan saya tidak tahu apa yang saya mahukan. Pastinya saya tidak akan duduk diam dan risau apa akan berlaku pada saya. Saya hanya ingin terus lalui kehidupan seperti ini.

"Selagi saya gembira berlakon, saya akan teruskan. Jika tidak, saya akan buat benda lain," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan