Sofia Jane tertekan terpaksa bawa watak Natrah tua sejujur mungkin

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Para pelakon watak utama teater 'Natrah' terdiri daripada (dari kiri) Remy Ishak, Maya Karin, Ummi Aida dan Sofia Jane. -Foto UTUSAN
Para pelakon watak utama teater 'Natrah' terdiri daripada (dari kiri) Remy Ishak, Maya Karin, Ummi Aida dan Sofia Jane. -Foto UTUSAN

WATAK Natrah tua berusia 70 tahun terlalu jujur buat Sofia Jane Hisham hinggakan aktres jelita itu rasa terpukul untuk melakonkannya dalam teater muzikal 'Natrah'.

"Saya mesti bawa watak ini sejujur mungkin. Dan saya jadi tertekan kerana saya harus dapat menjiwai wataknya dengan tepat. Mungkin juga Natrah hanya inginkan kehidupan yang normal tapi seluruh hidupnya menjadi tidak normal disebabkan keadaan yang menimpanya," jelas Sofia.

Kata aktres itu lagi, terlalu banyak lapisan watak Natrah, gadis Belanda yang dilarikan ke Holland.

"Saya perlu berlaku adil pada Natrah. Perasaan, fikiran dan semua tindakannya perlu dikaji dengan teliti. Setiap kajian yang saya buat membantu saya mengenali Natrah dengan lebih dekat," kata aktres kacukan yang dilahirkan di London ini.

Sewaktu ditemui di sidang akhbar mengumumkan barisan baru teater muzikal Natrah di Istana Budaya, Sofia berkata dia berasa sangat gembira tetapi sedikit gementar.

"Ini bukan satu tugas yang mudah. Tambahan pula ianya berkisar karektor yang benar dan saya terpaksa bermonolog selama 17 minit, di awal dan akhir cerita.

"Monolog memerlukan kekuatan dalaman, emosi yang betul dan dialog yang tepat. Semua faktor ini saling membantu untuk menguatkan watak Natrah," kata aktres yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik menerusi wataknya dalam filem yang pernah mencetuskan kontroversi, 'Perempuan, Isteri dan...'

Katanya lagi, interpretasi Natrah yang dibuat oleh beberapa penulis luar amat berbeza dengan apa yang sebenarnya berlaku.

"Natrah melalui zaman kanak-kanak yang sukar. Di usia 13 tahun, dia sudah bernikah dengan Mansor dan melalui insiden yang traumatik bila ada rusuhan dan pertumpahan darah disebabkannya.

"Dia berkahwin lagi dengan seorang askar Belanda dan mempunyai 13 orang anak. Dan di usia 38 tahun pula, dia dihadapkan ke mahkamah bersama kekasihnya kerana cubaan membunuh suaminya.

"Di akhir hayatnya, dia kembali ke pangkuan anak-anak dan bukan ke Singapura. Kalau dia benar-benar sayangkan this part of the world, tentu dia mahu habiskan sisa hidupnya di sini. Saya rasa anak-anak adalah segalanya bagi Natrah," jelas Sofia yang kelihatan masih jelita walaupun sudah berusia 37 tahun ini.

Sebelum ini, aktres muda Diana Danielle telah menarik diri dari membawa Natrah dan tempatnya kini akan digantikan oleh Maya Karin.

Sofea pula pernah ditawarkan watak Cik Aminah, ibu Natrah tetapi setelah berbincang dengan pengarah Erma Fatima, dia membuat keputusan untuk menerima watak Natrah waktu usia 70 tahun.

"Sudah berpuluh naskah tentang Natrah saya baca dan saya memang mengikuti perkembangan cerita Natrah. Saya perlu melihat Natrah dari sudut kemanusiaan dan bukannya dari kaca mata orang lain," kata aktres yang suka membawa karektor kuat dan hebat.

Meskipun sudah banyak mengkaji, Sofia masih merasakan kajiannya setakat ini masih tidak mencukupi. Dia sedang berusaha untuk berjumpa beberapa individu tertentu yang pernah mengenali Natrah.

"Bukan senang membawa watak ini tambahan ianya berdasarkan personaliti yang dikenali ramai. Saya perlu mencari rasa dan perasaan seorang wanita yang mencari-cari kasih sejatinya Cikgu Mansor Adabi kerana Natrah dan Mansor terpisah kerana keadaan hingga ramai terkorban.

"Bila sampai di Holland, Natrah dapat tahu yang Mansor berkahwin lain dan hatinya hancur. Dia bertemu dengan beberapa lelaki lain selepas ini tetapi kesemuanya gagal memberinya kebahagiaan. Akhirnya dia kembali ke pangkuan anak-anaknya. Di sinilah kebahagiannya yang sejati," kata ibu muda kepada tiga anak perempuan yang comel, Arissa, Khadeja dan Soraya.

Kata Sofia lagi, "Kita perlu melihat Natrah @ Maria Hertogh melampaui konflik agama dan rusuhan. Siapa sebenarnya Natrah dan bagaimana perasaannya di akhir hayatnya? Kita tidak tahu dan tidak mungkin akan tahu. Kita hanya boleh membuat andaian. Dan itulah yang saya cuba buat, sebaik mungkin."

Pelakon lain dalam teater muzikal Natrah ialah Remy Ishak (Cikgu Mansor Adabi) dan Umie Aida sebagai Cikgu Aminah.

Teater Natrah akan dipersembahkan pada 30 November hingga 9 Disember, jam 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150 boleh didapati di Box Office, Istana Budaya.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan