Filem Aladin dicalonkan untuk satu filem festival yang di New York

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FILEM Fantasi Aladin yang dibintangi oleh Amitabh Bachchan merupakan filem Hindi pertama yang dicalonkan untuk South Asian International Film Festival (SAIFF) .

Pengarah filem tersebut, Sujoy Ghosh berkata pencalonan itu bagaikan mimpi yang telah menjadi kenyataan.

Aladin turuti dibintangi oleh Sanjay Dutt sebagai Ringmaster, Riteish Deshmukh memainkan watak Aladin dan Jacqueline Fernandes berlakon sebagai Jasmine.

Filem itu akan mula ditayangkan di The Paris Theatre pada 28 Oktober ini.

“Filem itu dipilih sebagai filem pembukaan untuk anugerah SAIFF.

“Pencalonan ini merupakan satu penghormatan kepada semua yang telah berusaha keras dalam pembikinan filem ini,” kata Ghosh.

Tambahnya lagi festival ini merupakan satu landasan untuk memperkenalkan filem ini di persada antarabangsa.

Presiden SAIFF, Shilen Amin dalam satu kenyataan akhbar pula berkata Festival dimulakan untuk mencungkil bakat baru dan memberi peluang baru kepada pelakon-pelokon baru untuk meluahkan bakat dan kreativiti mereka.

“Sujoy adalah seorang pencerita yang berbakat. Beliau telah melangkah jauh dalam arena Bollywood dengan menggunakan ‘special effects’ yang belum pernah digunapakai dalam industri Bollywood sebelum ini," jelas Amin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan