Norish: Saya bukan seorang isteri yang mengikis harta suami

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norish diajukan pelbagai soalan oleh para wartawan selesainya prosiding mahkamah semalam. -Foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN SENIN
Norish diajukan pelbagai soalan oleh para wartawan selesainya prosiding mahkamah semalam. -Foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN SENIN

PELAKON Norish Karman mendakwa dia kini menganggur ekoran "disingkirkan" daripada memegang watak Qistina dalam drama 'Spa Q 3'.

Semua ini gara-gara watak tersebut telah diserahkan kepada pelakon lain walaupun Norish telah membuat berbagai persiapan untuk membawa watak itu bagi musim ketiga.

Antaranya, dia membeli baju baru berharga RM2,000 dan sudah membuat persediaan untuk mendalami watak Qistina selepas mendapat 'skrip Spa Q 3' sebelum raya lagi.

Bagaimanapun, hajat Norish tidak kesampaian kerana dia digugurkan untuk musim baru.

"Saya sekarang tengah break sebab tak ada tawaran kerja lagi," kata Norish ketika ditemui selepas prosiding mahkamah semalam.

"Sebab ramai produser dan para karyawan fikir saya terikat dengan SPA-Q. Sebenarnya saya free hingga akhir tahun ini.

"Jadi saya harap boleh war-warkan yang saya kini menganggur," kata Norish yang juga pengacara Wanita Hari Ini (WHI).

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam menolak ketiga-tiga permohonan artis Norish Karman, 34, berhubung tuntutan nafkah sementara dan pembekuan sebahagian harta sepencarian, terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60.

Mahkamah turut menolak permohonan Norish atau nama sebenarnya, Nor'asikin Karman, 35, untuk mengetepikan perintah ex-parte (sebelah pihak) yang diperolehi Hashimuddin bagi menghalang Norish membawa anak-anaknya berjumpa dengan Mohd Luqman Mohd Amin yang didakwa sebagai kekasih pelakon itu.

Keputusan itu yang kurang memihak kepadanya memberi satu tamparan hebat kepada Norish.

Ketika ditanya sama ada dia berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini, Norish tanpa menyembunyikan perasaan kecewanya berkata:

"Saya rasa anda tahu jawapannya sebagai seorang wanita, pastinya ada sesuatu untuk saya dan anak-anak. Tapi, buat masa ini, kita akan ikut prosedur mahkamah dan saya akan failkan permohonan yang baru," kata Norish.

Jelas Norish, peguamnya Akhbardin Abdul Kader akan fail balik tuntutan nafkah yang lebih terperinci di Mahkamah Syariah Petaling Jaya kelak.

Mahkamah menolak tuntutan harta sepencarian Norish ekoran ia sepatutnya disertakan bukti-bukti pemilikan. Antara harta sepencarian termasuk kondominium, rumah, saham dan kereta.

"Saya bukan seorang isteri yang mengikis. Saya isteri yang terlalu mempercayai suami sehingga tidak ambil tahu tentang geran tanah dan rumah mana. Memang saya tidak ada semua dokumen itu.

"Jadi memang tak semak atau menyimpan dokumen-dokumen itu kerana saya tidak sangka satu hari nanti saya akan bercerai.

"Saya memang tak ada semua itu. Kalau meminta semua bukti itu, hampir mustahil untuk saya mendapatkannya," kata Norish.

Menurut pelakon drama 'Kasut Tumit Tinggi', apa yang dicarinya kini ialah suatu kehidupan yang sempurna bersama anak-anaknya.

Norish bernikah dengan Hashimuddin, 60, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 11 Januari 1998 di Perlis.

Mereka bercerai secara rasmi pada 15 Julai tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haqiem Armany, 9; Hardy Amieran, 5; dan Putri Hanyz Amanda, 4.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan