Mahkamah tolak permohonan Norish Karman ketepikan perintah ex-parte

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norish Karman ditemuramah oleh para wartawan selepas prosiding mahkamah selesai. -Foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN SENIN
Norish Karman ditemuramah oleh para wartawan selepas prosiding mahkamah selesai. -Foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN SENIN

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah semalam menolak ketiga-tiga permohonan artis Norish Karman, 34, berhubung tuntutan nafkah sementara dan pembekuan sebahagian harta sepencarian, terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60.

Mahkamah turut menolak permohonan Norish atau nama sebenarnya, Nor'asikin Karman, 35, untuk mengetepikan perintah ex-parte (sebelah pihak) yang diperolehi Hashimuddin bagi menghalang Norish membawa anak-anaknya berjumpa dengan Mohd Luqman Mohd Amin yang didakwa sebagai kekasih pelakon itu.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad membuat keputusan itu selepas menyemak affidavit dan hujah bertulis yang difailkan oleh peguam syarie Akbardin Abdul Kader yang mewakili Norish dan peguam syarie Muhamad Burok bagi pihak Hashimuddin sebagai responden pada 17 Julai lalu.

"Mahkamah selepas merujuk kepada affidavit dan hujah bertulis, tuntutan harta sepencarian sepatutnya disertakan bukti-bukti pemilikan. Sehingga hujah difailkan kedua-dua pihak, pihak (pemohon dan plaintif) masih gagal mengemukakan bukti-bukti pemilikan tersebut," katanya dalam prosiding semalam.

Sebahagian harta sepencarian yang dituntut Norish ialah kondominium, rumah, saham dan kereta.

Bagi permohonan Norish mengetepikan mengetepikan perintah ex-parte (sebelah pihak) yang diperolehi Hishamuddin bagi menghalang Norish membawa anak-anaknya berjumpa dengan Mohd Luqman, hakim Abu Zaky berkata, injunksi tersebut dikekalkan.

"Ini disebabkan selepas mahkamah mendapati bahawa responden tidak failkan apa-apa pembelaan untuk ketepikan injunksi," jelas beliau.

Tuntutan nafkah sementara yang dikemukakan oleh Norish sebelum ini adalah sebanyak RM1,500 bagi setiap anak untuk tiga anak, bayaran sewa rumah bulanan sebanyak RM5,000 dan pembantu rumah RM900.

Bagi permohonan tuntutan nafkah sementara, Abu Zaky berkata, nafkah sementara sewa rumah RM2,000 sebulan dibayar oleh responden (Hishamuddin) terus kepada pemilik rumah.

"RM700 setiap orang setiap bulan dibayar kepada anak-anak berkuat kuasa hari ini," katanya.

Responden juga, kata Abu Zaky, diperintahkan menyediakan wang saku setiap bulan kepada anak-anak, menyediakan barang-barang keperluan rumah dan barang-barang lain selain kenderaan dengan pemandu setiap kali ada urusan anak-anak.

"Permohonan untuk mendapatkan orang gaji ditolak kerana affidavit pihak plaintif "mengelirukan" sementara permohonan kereta Nissan Murano dikembalikan ditolak kerana pihak plaintif juga gagal membuktikan pemilikan," tambahnya.

Norish bernikah dengan Hashimuddin, 60, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 11 Januari 1998 di Perlis.

Mereka bercerai secara rasmi pada 15 Julai tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haqiem Armany, 9; Hardy Amieran, 5; dan Putri Hanyz Amanda, 4.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan