KD sindir lirik lagu baru Anang, 'Separuh Jiwaku Pergi'

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kisah perceraian KD tidak habis-habis diperkatakan media Indonesia.
Kisah perceraian KD tidak habis-habis diperkatakan media Indonesia.

KRISDAYANTI (KD) memendam segala kesedihan sebagai seorang ibu dan terpaksa redha dengan ketentuan takdir. Kini, KD hanya mampu mengetahui perkembangan kedua anaknya, Aurel dan Azriel, melalui program TV.

KD yang sedang menjalani proses perceraian dengan penyanyi/komposer Anang Hermansyah selalu memanfaatkan kamera TV untuk menyampaikan pesanan kepada kedua buah hatinya tersebut.

"Pesan buat Aurel, jangan pakai seluar pendek kerana sudah haid. Buat Azriel, makan yang banyak, biar jangan kurus," tutur KD dalam siaran langsung sebuah acara musik di kaca TV.

KD akui ia terus terputus komunikasi dengan Aurel dan Azriel semenjak berpisah dengan Anang dan hanya boleh berdoa saja.

"Saya tidak tahu keadaan mereka di sana, baik-baik atau tidak. Saya hanya berdoa semoga dengan berdoa kemarahan akan hilang," kata KD.

Dalam acara musik yang dihoskan Luna Maya, Raffi Ahmad, dan Olga Saputra itu, KD turut menyindir lirik lagu baru Separuh Jiwaku Pergi, yang dicipta dan dinyanyikan Anang.

"Krisdayanti itu wanita biasa seperti kata Anang, maka saya pantas merasakan kerinduan terhadap anak-anak, semoga bisa bertemu anak-anak lagi," ujarnya.

Selesai saja acara muzik itu, KD bergegas menuju Mercedes Benz hitamnya takut di wawancara para media.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan