Simon Cowell berjanji untuk melindungi Leona Lewis

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGKRITIK American Idol yang paling lancang, Simon Cowell telah berjanji untuk memastikan penyanyi Leona Lewis berada dalam keadaan paling selamat pada masa akan datang, selepas seorang lelaki telah menyerangnya semasa menandatangani sebuah buku pada 14 Oktober lalu.

Penyanyi yang hit dengan lagu ‘Bleeding Love’ ini sedang menandatangani banyak buku terbarunya, ‘Dreams’ di sebuah kedai buku di London semasa Peter Kowalczyk dikatakan tiba-tiba menumbuk mukanya.

Lewis terus mendapatkan rawatan perubatan untuk garisan luka di pelipis selepas insiden itu dan dia terpaksa membatalkan aktiviti promosi ke Jerman pada keesokannya, 15 Oktober. Kowalczyk telah ditahan dan kemudiannya disiasat di bawah Akta Kesihatan Mental U.K.

Cowell yang mengawal karier Lewis sejak wanita itu memenangi X Factor pada 2006 berkeras yang penyanyi itu akan lebih dilindungi pada masa akan datang.

Dia berkata ‘Saya tergamam apabila ada orang yang menyerangnya. Kami akan pastikan dia berada dalam keadaan selamat.’

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan