RTM sasar 1.5 juta orang tonton 'National Geographic' - Berita Hiburan | mStar

RTM sasar 1.5 juta orang tonton 'National Geographic'

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) mensasarkan 1.5 juta orang akan menonton rancangan National Geographic yang disiarkan di RTM1 dengan bermulanya Kuiz SMS rancangan itu mulai hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) RTM Datuk Nurhyati Ismail berharap dengan adanya kuiz itu lebih ramai akan menonton rancangan itu kelak walaupun kini seramai 800,000 orang menonton rancangan itu.

"Dengan kaedah Kuiz SMS National Geographic ini, ia dilihat mampu memikat penonton ke rancangan itu bukan sahaja menonton tetapi berinteraksi dengan stesen tv kami," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kuiz SMS National Geographic di Zoo Negara di sini semalam.

Rancangan tersebut disiarkan di saluran itu pada setiap hari mulai pukul 7 hingga 8 malam memaparkan dokumentari tentang kehidupan, sains, kebudayaan, masyarakat dan sejarah.

Menurut Nurhyati, pada setiap hari Ahad, penonton boleh mendapatkan kuiz menerusi SMS di hujung rancangan itu dan boleh mengambil bahagian dengan menaip kata kunci NATGEO dan menghantarnya ke nombor 32776.

"Satu soalan sahaja akan dikeluarkan setiap minggu dan soalan tersebut berbentuk objektif. Sistem SMS ini seterusnya akan ditutup pada pukul 12 tengah malam hari Ahad berikutnya," katanya.

Menurut Norhyati, kuiz ini akan berlangsung selama 26 minggu dan berakhir pada 25 April 2010.

Sepuluh penonton berpeluang memenangi hadiah mingguan RM200 setiap seorang dengan jumlah hadiah minggguan ialah RM52,000.

Katanya, program ini sesuai untuk semua golongan terutama generasi muda dan caj SMS yang dikenakan sebanyak 50 sen.

"Di samping menyertai kuiz itu, ia juga berbaloi bagi ibu bapa yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan anak-anak mereka dengan lebih interaktif," tambah beliau. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan