Julia Roberts ‘pancing’ pelancong ke Bali

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEDATANGAN artis Julia Roberts ke Indonesia memang banyak menarik perhatian. Tidak hairan jika kedatangan Julia mampu membantu promosi Bali.

Hal yang sama juga diakui oleh ketua Bali Tourism Board, Ngurah Wijaya di Kuta, Bali. Menurutnya, angka kunjungan pelancong asing ke Bali akan meningkat setelah filem ‘Eat, Pray, Love’ Julia ditayangkan.

“Pengambaran filem ‘Eat, Pray, Love’ di Bali akan lebih terasa kesannya pada masa akan datang. Setelah filemnya ditayangkan di seluruh dunia, Bali akan mendapat tempat di dunia filem antarabangsa,” kata Wijaya.

Tambahnya, penulis skrip filem itu menceritakan tentang Bali yang sangat menarik. Suasana Bali juga digambarkan dengan sempurna dan indah.

“Kita akan menyokong sepenuhnya proses pembikinan filem itu di Bali,” tegas Wijaya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan