Diana Danielle tarik diri bintangi Natrah kerana isu bayaran?

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diana Danielle tidak lagi memegang watak Natrah
Diana Danielle tidak lagi memegang watak Natrah

DALAM pada itu, Diana yang dihubungi berkata, dia belum bersedia untuk mengulas lanjut tentang penarikan dirinya daripada membawakan watak Natrah.

"Ramai yang asyik bertanya, betulkah saya tidak jadi bawakan watak Natrah. Tapi, saya rasa lebih elok perkara ini biar IB yang bercakap. Bila mereka sudah berikan penjelasan nanti, barulah saya rasa sesuai untuk saya mengulas.

"Lagipun, saya tidak mahu dilihat seperti tidak menghormati mana-mana pihak, apatah lagi ini adalah projek kerajaan," kata pelakon berusia 18 tahun ini.

Ditanya dakwaan yang mengatakan semuanya tercetus kerana dia sudah mula 'demand' harga untuk memegang watak tersebut, kata Diana, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang tanggapan orang.

"Apa yang pasti, saya tidak buat hal langsung dengan produksi ini. Saya tidak ada masalah apa-apa, cuma orang saja yang suka buat macam-macam spekulasi tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Buat masa ini, biarlah saya kunci mulut dulu. Biarlah apa orang nak cakap apapun tentang saya," katanya dalam nada perlahan.

Kisah Natrah pernah mencetuskan kontroversi yang membawa kepada rusuhan sehingga menyebabkan seramai 18 orang terbunuh dan lebih 200 orang cedera dalam pertempuran dengan tentera dan polis British.

Malah, 'kemenangan' yang diraih oleh British kerana berjaya dalam perebutan itu sebenarnya membuatkan masyarakat amat sedih dan simpati kerana impaknya adalah pada Natrah yang cukup menderita sepanjang hidupnya, sehinggalah dia meninggal dunia pada 8 Julai lalu diHuijbergen, Belanda, pada usia 72 tahun setelah menderita akibat penyakit leukemia.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan