Aamir Khan nafi kembali merokok

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AAMIR Khan menafikan dakwaan yang mengatakan dia kembali merokok. Bintang ternama Bollywood itu menjawab walaupun dia merasai ‘penderitaan’nya namun dia berhenti merokok untuk kebaikan dirinya.

“Saya sudah mencuba untuk merokok tetapi gagal. Saya rasa inilah masanya untuk saya berhenti untuk kebaikan.

“Jadi, tolong abaikan dakwaan yang mengatakan saya kembali merokok,” kata Aamir menerusi artikel terbaru dalam blognya.

Menyentuh tentang filem ‘Three Idiots’ di bawah produksinya yang diadaptasi dari novel ‘Five Point Someone’ oleh Chetan Bhagat, pelakon itu berkata, “Minggu lepas saya sangat sibuk dengan kerja ini. Lagu terakhir telah disiapkan dan pembikinan filem itu hampir siap. Saya rasa kami telah berusaha untuk melakukan seperti yang dirancang. Pada minggu akan datang saya akan memberitahu anda lebih banyak tentang filem itu dan apa yang sedang berlaku.”

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan