Saya buat majlis 'anniversary' syok sendiri - Wan Chik

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wan Chik ketika menghadiri majlis berbuka puasa artis veteran anjuran Saloma Bistro. -foto mStar
Wan Chik ketika menghadiri majlis berbuka puasa artis veteran anjuran Saloma Bistro. -foto mStar

TIDAK seperti pasangan lain, aktres veteran dan bekas pembaca berita RTM Wan Chik Daud akan menyambut majlis ulangtahun perkahwinannya dengan M. Rajoli yang ke-23 pada 22 November ini seorang diri.

Walaupun majlis itu akan berlangsung tanpa kehadiran M. Rajoli, isteri kedua kepada aktor dan pelawak veteran terkenal itu berkata majlis itu sebagai kenangan kepada dirinya serta rakan-rakan yang mengenalinya dan tanda ingatan untuk suami tersayang.

"Saya akan mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat sebelum Raya Haji di rumah di Ampang pada hari Ahad, pukul 11 pagi untuk kebahagiaan saya. Saya ada kumpulan marhaban kat kawasan rumah.

"Saya jemput dalam 60 orang. Saya buat majlis ‘anniversary’ ini secara ‘syok sendiri’..,” kata Wan Chik yang turut akan menghadiri kem motivasi membaca al-Quran selepas Raya Haji nanti.

Jika tiada aral, Wan Chik yang suka menggelarkan dirinya Kak Wan ini dijangka akan ke kem yang dianjurkan oleh Ustaz Nasir iaitu suami kepada perantara program Kalamullah di TV3, Ustazah Asni Abdul Mansor mulai 29 November di Sungai Congkak, Ulu Langat selama dua minggu.

"Buat permulaan, saya akan pergi ke kem itu selama dua minggu dengan bayaran RM850.

"Kem itu ala-ala mengaji pondok untuk mendalami ilmu akhirat. Ia diadakan selama tiga sesi pada setiap dua minggu.

"Kem ini juga diadakan selama dua kali setahun dan dibuka untuk mereka yang berumur 13 tahun ke atas tetapi yang dewasa hanya dua orang sahaja iaitu saya dan mak mertua dia (Ustaz Nasir)," katanya dalam loghat pekat utara.

Ditanya adakah M. Rajoli, 64, mengetahui tentang dia akan pergi ke kem itu, wanita yang berusia 69 tahun ini menjawab:

"Saya tak payah minta izin sebab sudah mendapat ‘lesen besar’ untuk ke kem itu. Sejak kali terakhir saya berjumpa dengan suami tujuh bulan lepas, saya dah minta izin untuk melakukan semua perkara.

"Saya berjanji dengan dia untuk menjaga diri baik-baik dan menjaga nama baiknya. Jadi, saya minta dia jangan bimbang dengan keadaan saya semasa di luar nanti.

"Memanglah saya masih menjadi isterinya tetapi saya bukannya pergi ke tempat yang tidak elok. Saya pergi mengaji dan melakukan perkara ke arah kebaikan.

"Dia memang tiada halangan jika perkara itu berkaitan pasal agama. Jika ada jemputan mana-mana ‘function’ saya akan pilih-pilih juga misalnya majlis anjuran Persatuan Seniman.

"Ke mana saya pergi, kawan saya, Sharifah Sawandin akan temankan kerana tak nak timbul fitnah. Saya nak jaga nama baik suami saya," ujar Wan Chik.

Namun begitu, pelakon filem ‘Do Re Mi’ dan ‘Nasib Do Re Mi’ ini berkata Sharifah tidak dapat menemaninya kali ini. Sebagai ganti, rakannya itu mewakilkan anak perempuannya sebagai teman.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan