Nia 'Isabella' Zulkarnaen menangis lihat sambutan filem 'King' di Canberra

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

INGAT lagi Nia Zulkarnaen, aktres manis dari filem popular Isabella yang dipadankan dengan penyanyi rock, Amy Search?

Aktres jelita, yang juga anak dari pasangan aktor dan aktres terkenal Indonesia, Dicky Zulkarnaen dan Mieke Wijaya, kini merupakan produser terkenal di seberang.

Baru-baru ini, Nia dilaporkan menitiskan airmata gara-gara sambutan hangat filem 'King' yang ditayangkan di Australia.

Nia tidak boleh melupakan pengalaman manis saat di Canberra untuk tour promosi filem terbarunya, King. Pada satu tayangan terakhir di Canberra, filem itu mendapat respons tak terduga.

"Pada adegan penduduk desa menyanyikan lagu Indonesia Raya, hampir semua penonton berdiri dan ikut menyanyikan lagu kebangsaan. Saya sama Rangga (salah satu pelakon filem itu) sampai sebak dan menangis terharu," kata Nia.

Filem King diinspirasi oleh lagenda badminton Indonesia Lim Swee King, yang mampu mencatat tinta emas dalam sejarah bulutangkis dunia. Kisah kejayaan luarbiasa Swee King ternyata memberikan inspirasi bagi pasangan Nia Zulkarnaen dan suaminya, Ari Sihasale, yang juga seorang aktor, pemuzik dan pengarah.

Sutradara filem King juga adalah Ari Sihasale, iaitu suami kedua Nia. Suami pertamanya adalah Ahmad Iskandar Zulkarnaen, yang meninggal dunia pada Mei 2002 akibat kemalangan jalanraya.

King diusahakan di bawah produksi Alenia (singkatan nama mereka berdua) dan merupakan filem yang membawa tema olahraga bulutangkis ke layar perak.

Filem ini benar-benar mencetuskan satu detik manis bagi warga Indonesia di luar negara.

"Film ini diinspirasi dari perjalanan sukses Lim Swee King tapi bukan filem biografi Lim Swee King," kata Nia.

Film King yang berkisah tentang perjuangan anak desa menjadi pahlawan bulu tangkis itu dimainkan di sejumlah kota Australia sejak bulan Ogos hingga ke akhir September.

"Tiket untuk menonton filem King ialah 12 dollar Australia dan yang menyelenggarakannya ialah teman-teman Pemuda Pancasila di Australia dengan dibantu Perhimpunan Pelajar Indonesia dan beberapa sponsor," kata Nia.

Menurut Nia, beberapa warga Indonesia, yang ikut menonton filwm itu meminta dia memutar film berikutnya di Australia.

"Saya sedang bersiap membuat filem berikutnya yang bercerita tentang kehidupan masyarakat di perbatasan Indonesia-Timor Leste. Shooting-nya direncanakan di daerah Atambua pada bulan Disember nanti," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan