L. Danielle bukan ‘bayangan’ MUH

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ENGGAN diri mereka dikenali sebagai band ‘underground’, L. Danielle yang telah ditubuhkan sejak empat tahun lalu lebih suka memperkenalkan band mereka sebagai ‘band kampus’.

Band yang dianggotai oleh Mohd Nur Azreen Arazmi atau Boy dan Mohd Anis Asyraf Azmi (Arch) ini pernah aktif menyanyi di kampus mereka, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) bermula tahun 2006 dan seterusnya menyanyi di kampus-kampus seandainya ada jemputan.

Sebolehnya mereka tidak mahu dikenali sebagai band ‘underground’ kerana ia akan menimbulkan isu sensitif .

“Perkataan ‘underground’ membawa pengertian yang terlalu besar. Kami mula menyertai industri ini setelah berjumpa dengan gitaris Meet Uncle Hussain (MUH) Taja. Dari situ, dia bersetuju untuk mencuba bakat kami.

“Kami perlu mengambil masa yang lama untuk memasuki industri ini kerana ingin mencari muzik yang betul-betul berkualiti.

“Kami tak nak menghasilkan muzik yang ‘hentam keromo’ atau ‘tangkap muat’ sahaja sebaliknya melihat ‘cuaca pasaran’ muzik kita sekarang terlebih dahulu sebelum bertindak lebih jauh,” kata Arch selaku vokalis band ini.

Diam tak diam, mereka telah merakamkan enam buah lagu iaitu ‘Pergi Jauh’, ‘Melankolia’ dan sebuah lagu lagi belum diberikan tajuk akan diputarkan di radio dalam masa terdekat ini.

Sementara tiga buah lagu lagi telah dirakamkan untuk dimuatkan dalam filem ‘Lu Pikirlah Sendiri’ yang dilakonkan oleh Nabil.

Walaupun tajuk lagu mereka agak unik, penuh makna mendalam dan mungkin berciri ketuhanan, Arch menafikan muzik lagu mereka lebih cenderung ke arah genre balada yang ‘tangkap leleh’.

“Lagu-lagu kami lebih kepada muzik rock moden. Kelebihan kami adalah terdiri daripada dua orang anggota sahaja.

“Kami boleh melakukan persembahan jika berdua sekalipun dan akan memanggil pemain jemputan jika melakukan persembahan yang besar.

“Kami juga boleh mencipta lagu dan lirik dengan sendiri selain meminta bantuan daripada Taja yang juga bertindak selaku komposer untuk lagu-lagu kami seperti lagu ‘Mensyukuri Syawal’ yang berkumandang semasa Hari Raya baru-baru ini,” ulasnya mengenai lagu yang dinyanyikan secara duet dengan MUH.

L. Danielle merupakan artis duo naungan The Archives yang dimiliki oleh Taja.

Mereka mula dikenali apabila Arch diperkenalkan hasil duet dengan Jaclyn Victor menerusi lagu ‘Inilah Malaysia’ dalam pertandingan lagu 1 Malaysia oleh Hot FM.

Kawan tolong kawan

Menurut Arch, mereka akan cuba membuktikan kehadiran mereka dalam industri hiburan ini bukanlah hasil tempias MUH.

“Secara tak sengaja mungkin orang nampak kami seperti menumpang populariti MUH.

“Muzik kami berlainan dengan mereka. Kami ibarat kawan menolong kawan sebab sekarang ini mereka tidak mempunyai vokalis. Jadi, apabila ditawarkan untuk berduet, ia tidak mendatangkan masalah buat kami,” jelasnya.

Kemunculan Arch menyanyikan lagu ‘Mensyukuri Syawal’ membuatkan ada yang terdetik kenapa tidak dia sahaja yang menggantikan tempat Lan sebagai vokalis MUH.

Arch memberitahu yang dia tidak mungkin akan menyertai MUH memandangkan Taja sudah mempunyai perancangannya tersendiri.

“Satu hari nanti akan ada satu perkara yang akan menaikkan semula kegemilangan MUH,” jawabnya yang berusia 25 tahun.

Arch berjumpa dengan Boy, 28, ketika di Uniten pada tahun 2005 dan waktu itu dia mengambil jurusan pengajian perniagaan manakala gitarisnya itu melanjutkan pelajaran dalam bidang kewangan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan