Julia Roberts berlakon dengan dukun Bali dalam 'Eat, Pray, Love'

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelakon terkenal Julai Roberts dikawal ketat ketika shooting di Bali
Pelakon terkenal Julai Roberts dikawal ketat ketika shooting di Bali

AKTRES terkenal Julia Roberts yang kini berada di Ubud, Gianyar, Bali untuk menjalani pengambaran filem "Eat, Pray, Love".

Selain Julia Roberts, filem ini akan dibintangi oleh James Franco, Richard Jenkins, Bill Crudup, Viola Davis, dan Javier Bardem.

Apa yang lebih menarik, salah seorang pelakon tambahan filem ini ialah Ketut Liyer, seorang dukun terkenal warga Bali.

Pengambaran filem ini akan berlangsung hingga ke pertengahan bulan November.

Lokasi pengambaran filem itu berlangsung di Banjar Bentuyung, di mana jaraknya sekitar dua kilometer dari pusat Ubud, Gianyar di Bali.

Menurut laporan media di Indonesia, sekuriti begitu ketat di tempat lokasi hinggakan seramai 135 orang polis daerah itu telah diarahkan menjaga keselamatan bintang ternama itu sepanjang sesi pengambaran.

Tempat yang paling ketat dikawal ialah di vila, tempat penginapan Julia Roberts. Selain artis dan kru film, tidak seorang pun dibenarkan masuk ke lokasi pengambaran tersebut.

Selain di Bali, filem "Eat, Pray, Love" juga mengambil setting di tempat lain seperti di New York, Amerika, Roma dan Naples di Italia serta India.

Produser filem ini adalah aktor popular Brad Pitt dan Dede Gardner di bawah syarikat Plan B Entertainment.

Eksekutif produsernya pula adalah Stan Wlodkowski yang pernah menghasilkan filem American Beauty dan Jeremy Kleiner.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan