Demam 'Cuci The Musical', Hans Isaac dikejarkan ke hospital!

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hans yang kuat bekerja, jatuh pengsan kerana terlalu penat menguruskan hal produksi 'Cuci the Musical'
Hans yang kuat bekerja, jatuh pengsan kerana terlalu penat menguruskan hal produksi 'Cuci the Musical'

GARA-gara terlalu letih dan penat berlatih untuk 'Cuci The Musical', pelakon dan pengarah kacak Hans Isaac jatuh pengsan hingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang Puteri dua hari yang lalu.

Menurut sumber yang berada di tempat kejadian, pelakon yang juga pemilik syarikat produksi Tall Order Productions Sdn Bhd (TOPSB) ini, Hans tiba-tiba jatuh pengsan di Istana Budaya pada pukul 11 malam selepas berlatih sehari suntuk untuk teater muzikal tersebut.

Pihak produksi yang melihat kejadian itu terus menghubungi pihak hospital dan tidak beberapa lama kemudian, sebuah ambulan telah datang dan membawa Hans ke Hospital Ampang Puteri.

"Tapi Hans hanya berada di hospital selama satu malam saja kerana risau dengan kerja-kerja yang masih tidak beres. Besoknya tu, dia terus 'check out' dan balik ke rumah," kata sumber yang rapat dengan pelakon itu.

Kejadian Hans pengsan di tempat 'rehearsal' itu juga telah membuat dua pengarah 'Cuci The Musical' Zahim Al-Bakri dan Harith Iskandar 'ban' Hans dari datang berlatih.

"Namun kedegilan Hans yang tidak tahu berehat menyebabkan dia tidak menghiraukan larangan tersebut.

"Keesokkan harinya, dia sudah terpacak di IB. Hans terlalu risau tentang segala persiapan teater muzikal hinggakan tidak endah tentang makan minumnya," kata sumber yang pernah bekerja dengan Hans selama ini.

Kata sumber itu lagi, beberapa hari sebelum kejadian tersebut, aktor yang masih bujang itu mengadu sakit dada tetapi tidak mahu dihantarkan ke hospital kerana mahu tumpukan kepada latihan teater.

"Siapa yang pernah bekerja dengan Hans akan tahu yang dia seorang 'workaholic.' Semua rakan-rakannya pun dah malas menasihatkan Hans kerana dia akan kalis semua nasihat," jelas sumber itu.

Kerisauan Hans memang ada sebabnya. Ini kerana kos produksi 'Cuci The Musical' sahaja mencecah hampir 3 juta lebih, angka yang melebihi teater muzikal 'Puteri Gunung Ledang'.

Namun, Hans tidak sayang untuk melabur sebahagian dari wangnya sendiri bagi memberi kepuasan kepada peminat-peminat teater.

Dia juga sanggup mengambil risiko yang besar bagi merealisasikan harapannya untuk memberi yang terbaik kepada penonton.

Teater 'Cuci the Musical', akan dipentaskan pada 23 Oktober ini di Istana Budaya, dengan barisan pelakon seperti Awie, A.C Mizal, Hans Isaac, Adibah Noor, Vanidah Imran, Harith Iskandar dan ramai lagi.

Pembelian tiket boleh dilakukan dengan melayari www.axcess.com.my atau menelefon ke nombor 03-77115000.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan