Ajay Devgan 'hampir gila' siapkan 3 filem serentak

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ajay Devgan akui 'hampir gila' menyiapkan 3 filem arahannya
Ajay Devgan akui 'hampir gila' menyiapkan 3 filem arahannya

AKTOR terkenal Bollywood Ajay Devgan, yang baru selesai mengarah tiga buah filem mengaku beliau hampir gila kerana terpaksa menyelesaikan tugasannya.

"Saya berada di Bhopal untuk pengambaran filem 'Rahneeti' bagi produser Prakash Jha yang mana pengalamannya jauh berbeza dari pengambaran filem 'All The Best' di Goa.

"Saya juga telah menyiapkan 'London Dreams' dan pengalaman filem ketiga ini juga tidak kurang menariknya," kata Ajay.

Dalam filem "All The Best" dan "London Dreams", suami kepada aktres Kajol ini terpaksa mengatasi perasaan gementarnya untuk menjadi seorang bintang rock di hadapan ribuan penonton.

"Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ramai orang menjerit untuk menarik perhatian.

"Setiap hari saya belajar sesuatu yang baru tentang diri saya. Hanya itu saja yang boleh membuat saya lebih berusaha menjadi pelakon yang baik dan juga menarik minat penonton terhadap saya.

"Begitu ramai orang yang menjerit dan terpekik. Bagaimana rasanya jika anda terpaksa menemubual orang yang sama setiap hari? Atau mendengar nada dering yang sama setiap hari? Tentu membosankan....," kata pelakon yang selalu tampak serius itu.

"All The Best", yang akan ditayangkan minggu ini di India, benar-benar membuat Devgan teruja.

"Kadang-kadang saya sendiri tak tahu di mana saya berada. Sekarang ini, promosi filem adalah sama penting dengan membuat filem," kata Devgan yang sudahpun mempunyai seorang anak perempuan bersama Kajol.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan