Saksi elak jawab soal kecurangan KD

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kenangan Anang dan KD ketika berduet di Anugerah Skrin 2006.
Kenangan Anang dan KD ketika berduet di Anugerah Skrin 2006.

SIDANG perceraian Krisdayanti (KD) dan Anang yang berlangsung semalam mengutarakan bukti tertulis dan keterangan dari dua saksi. Semua bukti dan kesaksian menjurus ke arah perceraian KD-Anang.

Difahamkan bukti tertulis itu datangnya dari 2 saksi. Salah seorang ialah Heru (penolong Anang) dan Shelby (pengurus KD).

Perkhabaran ini dibuat oleh peguam Taripar Simanjuntak. Menurutnya, pengadilan kes cerai ini mengetengahkan hal yang berkaitan dengan perceraian dan segala yang bersangkutan dengan perceraian itu.

Setakat ini, pihak mahkamah ini diberitahu perceraian ini berlaku atas KD dan hal-hal lain, yang akan diberi penekanan ialah permasalahan hak asuh anak tetapi tidak bersangkutan dengan harta. Sidang cerai KD dan Anang akan didengar semula pada Khamis hadapan, 22 Oktober.

Sementara itu, Heru, yang bersaksi di sidang perceraian Krisdayanti (KD) dan Anang tidak ingin berkongsi apa-apa maklumat dengan umum, tambahan yang berkaitan dengan perselingkuhan (kecurangan).

"Saya tidak boleh cakap apa-apa. Kan sudah ada perjanjian. Biar lawyer saja yang bercakap. Lagipun, Anang sudah beritahu segalanya," jelas Heru, sejurus selesai bersaksi di sidang cerai KD-Anang di Pengadilan Agama Jakarta Selatan.

Heru terus beredar ketika pertanyaan semakin menjurus kepada soal kabar perselingkuhan rumah tangga KD-Anang.

"Tanya saja sama Anang langsung. Dia ada di kantor," pintasnya.

Proses perceraian juga telah membuat hati KD tak 'karuan'. Namun begitu, pelantun Menghitung Hari ini tetap tenang.

"Kalau ditanya, pasti hatinya tak karuan'," kata saudara perempuan KD, Yuni Shara.

Hati KD yang gelisah dan gundah gulana itu kerana sampai saat ini, dia belum bisa bertemu kedua anaknya, Aurel dan Azriel.

"Yanti sampai saat ini belum ketemu sama anak-anaknya. Namun, Yanti masih berusaha...," ujar Yuni.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan