Pamela akan didakwa kerah budak 9 tahun 'bekerja' untuknya

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pelakon ‘Baywatch’ Pamela Anderson akan didakwa dibawah Akta Perlindungan Kanak-kanak kerana menyuruh seorang kanak-kanak perempuan yang berumur sembilan tahun memegang baju labuhnya supaya ia tidak kena pada lantai.

Peristiwa itu berlaku dalam satu pertunjukkan fesyen ‘Hollywood Style Awards’ pada 11 October yang lalu.

Budak yang bernama Adelaide Gault yang dikatakan sedang berkerja untuknya terpaksa duduk diatas lantai dalam majlis tersebut.

Anderson menjadi tarikan semua yang menghadiri majlis itu kerana dia menjerit “anak perempuan”sambil menepuk kakinya semasa dia naik ke atas pentas .

Cara dia memanggil budak itu bagaikan dia memanggil anjing.

Gault, kelihatan malu dan berasa kurang selesa mengikuti pelakon terkenal itu dari belakang.

Dia juga terpaksa duduk diatas lantai , iaitu dekat kaki Anderson, dalam majlis itu.

"Kanak-kanak itu menarik baju Pamela untuk mendapatkan perhatiannya tetapi Pamela tidak mengendahkannya," menurut salah seorang daripada tetamu yang hadir.

Menurut seorang lagi yang tetamu, Anderson mendakwa kanak-kanak itu sebagai anaknya dan selepas menyampaikan anugerah kepada David LaChapelle di atas pentas, Anderson menjerit “anak perempuan” sambil menepuk kakinya bagaikan memanggil seekor anak anjing dihadapan semua orang di dalam auditorium itu.

Sejurus itu, anak gadis itu terus naik diatas pentas itu untuk memegang gaun labuhnya itu.

Pihak berkuasa akan menyoal siasat Gault yang dibawah umur untuk mengetahui kenapa dia boleh berkerja untuk pelakon yang berambut perang itu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan