Maya Karin sukar jadi gedik

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gadis 'pisau cukur'...gandingan hebat Fazura dan Maya Karin di dalam filem arahan Bernard Chauly - foto UTUSAN
Gadis 'pisau cukur'...gandingan hebat Fazura dan Maya Karin di dalam filem arahan Bernard Chauly - foto UTUSAN

SETIAP filem yang dilakonkannya sentiasa mempunyai keistimewaan tersendiri di matanya. Begitu juga dengan filem terbarunya, Pisau Cukur, yang bakal ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia bermula 5 November ini.

Membawakan watak sebagai gadis 'pisau cukur' bernama Bella yang 'gedik' dan bijak menggoda bukanlah satu lakonan mudah untuk Maya Karin.

Namun, kerana inginkan kelainan dari segi watak dan melihat kepada jalan cerita filem arahan Bernard Chauly yang menarik itu, aktres ini sanggup menyahut cabaran tersebut.

"Ini adalah kali pertama saya membawakan watak seperti ini dan saya tidak nafikan, 'kegedikan' Bella itu adalah yang paling sukar untuk saya lakukan. Pada awal-awal dulu, saya terfikir juga mampukah saya bawakan watak ini dengan baik?

"Bella cukup jauh daripada karektor saya yang sebenarnya. Banyak juga saya menonton filem-filem luar seperti Legally Blonde untuk buat sedikit rujukan supaya lebih menghayati watak saya dengan mendalam, selain sentiasa berlatih depan cermin.

"Tetapi, bila dapat berlakon di dalam filem komedi seperti ini, ia telah membuka mata saya untuk terus cuba bawakan watak komedi kelak," kata Maya yang ditemui sejurus berakhirnya majlis prebiu filem tersebut, kelmarin.

Turut membintangi filem yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 5 November ini antara lain ialah Fazura, Eizlan Yusof, Aaron Aziz, Shahredza Minhat, Umie Aida, Sharifah Sofia, Datuk Rahim Razali, Liyana Jasmay dan Nas-T.

Secara ringkasnya, filem terbitan Red Communications ini mengisahkan tentang dua gadis 'pisau cukur' iaitu Intan (Fazura) dan Bella yang suka 'memburu' lelaki-lelaki yang memiliki kemewahan.

Intan dan Bella yang pergi bercuti di atas sebuah kapal percutian mewah kemudiannya berdepan dengan kisah dan konflik masing-masing.

Bella cuba memikat Datuk Hisham (Eizlan) dan pada masa yang sama gadis itu turut diminati oleh Faqir (Shahredza).

Intan pula terjebak di dalam kes penyiasatan kematian Datuk Zakaria (Rahim Razali) di atas kapal itu bersama dengan seorang penyiasat persendirian, Ari (Aaron Aziz).

Ujar Maya lagi, selain berdepan dengan cabaran terhadap wataknya itu, aktres berusia 29 tahun ini juga melalui satu lagi cabaran menerusi watak Bella itu kerana perlu menari tarian 'Ballroom'.

"Saya tidak pernah belajar tarian itu sebelum ini. Dan untuk adegan itu saja, saya perlu belajar menari selama tiga minggu. Tetapi, ia memang satu pengalaman yang cukup menyeronokkan," ujar Maya dalam nada ceria.

Semasa sesi prebiu filem tersebut, Maya turut ditanya tentang pendapatnya apabila ramai yang merasakan watak Intan lakonan Fazura telah 'overshadow' lakonannya di dalam filem itu.

Sambil tersenyum, pelakon jelita ini berkata, dia lebih suka melihat dari aspek positif.

"Saya tidak pernah rasa demikian. Tetapi, saya tidak ada masalah tentang hal ini. Apa yang penting, kami gembira dapat bekerjasama. Saya suka bekerja dengan Fazura walaupun personaliti kami berbeza," katanya.

Ditanya tentang gandingannya bersama pelakon baru bernama Shahredza Minhat sebagai Faqir yang menyukai Bella walaupun sedar gadis itu suka kepada lelaki kaya, kata Maya, dia merasakan Redza mempunyai bakat yang mampu pergi jauh di dalam industri ini.

"Semasa sesi ujibakat untuk watak Faqir itu, saya turut diundang sama untuk memberi komen terhadap lakonan peserta sewaktu sesi itu. Ada beberapa nama yang disenaraikan, tetapi saya dan pihak produksi merasakan Redza adalah yang paling sesuai.

"Walaupun dia masih baru, kami sebulat suara memilihnya kerana melihat kepada potensinya untuk menjadi pelakon yang bagus satu hari nanti," ujar Maya yang akan membintangi sebuah lagi filem romantik pada bulan depan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan