"Maafkan saya..." - Azwan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azwan ketika mengerjakan umrah baru-baru ini
Azwan ketika mengerjakan umrah baru-baru ini

HATI palingan Tuhan. Tidak ada siapa yang boleh menjangka bila hati kita akan berubah dari rasa benci kepada suka dan sebaliknya. Mungkin hari ini marah, terhambur segala kata kesat dan nista tapi bila padam api amarah, kita akan fikir balik apa yang sudah dilafazkan.

Dan personaliti popular TV Azwan Ali tidak terkecuali membuat kekhilafan seperti itu. Dalam nada yang tenang, selebriti yang selalu dilabel sebagai 'silaser Azwan' ini, jelas sudah jauh berubah.

Untuk pertama kalinya, Azwan terbuka hati menghulurkan tangan, memohon maaf kepada mereka yang pernah terluka dengan kata-kata kesat dan perbuatannya yang menyinggung perasaan 'musuh-musuh'nya selama ini.

"Saya bukan lagi Azwan Ali yang dulu. Saya dapat azam baru setelah kembali dari menunaikan umrah. Di kesempatan ini, saya ingin menghulurkan jari sepuluh memohon maaf kepada semua 'musuh-musuh' saya.

"Pada mereka-mereka yang pernah tersinggung perasaan mereka dengan kata-kata kesat saya. Mulai sekarang, tidak ada lagi kata-kata nista dan kesat dari Azwan Ali. Bukan saja dalam blog tetapi juga dalam perbualan harian saya. Tak percaya, bacalah posting terbaru saya dalam silaserazwanali.blogspot.com.

"Sebenarnya itulah doa yang saya mohon depan Kaabah agar diberikan peluang dan ruang bagi wujudkan kedamaian antara saya dan musuh-musuh saya. Tidak ada ada lagi dendam kesumat. Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Saya tidak mahu diungkit lagi cerita-cerita lama," jelas Azwan yang menunaikan umrah selama 3 minggu bersama-sama rakan media Abie Abdullah, Mama Juwie dan aktres veteran Fauziah Nawi pada bulan Ramadan baru ini.

Bagi Azwan, nikmat dan rahmat yang diterimanya di tanah suci begitu menginsafkan hingga tidak terucap dengan kata-kata. Yang lebih mengharukannya, Azwan bukan saja tampil lebih tenang dan damai dengan cahaya keimanan di wajahnya, apa yang dipohon terus termakbul sebaik dia kembali ke tanah air.

"Saya tidak mahu ulas apa yang terjadi. Cukuplah saya katakan, semua doa saya perlahan-lahan dikabulkanNya. Begitu juga saya minta agar Tuhan bukakan pintu kemaafan buat saya dan sebaliknya," jelas Azwan yang begitu popular dengan rancangan Cit Cat Azwan dan Amboi, Amboi, Amboi.

Jelasnya lagi, "Biarlah saya yang merintis jalan ini dulu. Let me make the first move. Kalau saya terjumpa dengan 'musuh-musuh' saya selepas ini, saya akan hulurkan tangan dahulu. Selebihnya terpulanglah. Itu azam saya. Mudah-mudahan tuhan akan perkenankan."

Secara jujur, Azwan mengaku yang bukan senang untuk melalui fasa baru ini, tambahan pula memohon maaf kepada mereka yang pernah memusuhinya.

"Saya sedang cuba untuk berubah. Ianya bukan satu proses yang senang. Saya harap masyarakat di luar sana akan faham keadaan saya," katanya tanpa berselindung.

Jelasnya lagi, "Saya akui dengan rasa rendah hati yang I was a nasty person at one time tetapi semuanya kerana ada provokasi. Tuhan tahu semua itu....tapi itu cerita lama. Sekarang, kalau ada sesiapa yang maki saya, hina saya, saya akan cakap...Alhamdulillah tanpa ada rasa dendam walau sekelumitpun."

Bukan saja keinsafan itu datang dari tutur kata dan perbuatan Azwan, malah ianya akan meliputi hasil kerjanya juga. Tidak ada lagi Cit Cat Azwan atau Amboi Amboi Amboi selepas. Dua program ini sudah menemui titik nokhtah sejurus Azwan balik dari Umrah.

Hati selebriti yang pernah diselubungi kontroversi ini bagai tertutup untuk menyambung program-program ini.

"No more Cit Cat or Amboi Amboi Amboi. Saya sudah hentikan kedua program ini. Cukuplah 15 tahun program gosip macam tu.

"Saya cuba dengan cara saya untuk menegakkan kebenaran dan meletakkan diri saya sebagai 'mangsa' dalam dua program tersebut.

"Saya explore karektor dengan 'menjaga tepi kain orang'. Cukup cukuplah....," jelasnya dengan nada yang terputus-putus seperti tidak mahu lagi mengingati kegemilangan dua hasil tangannya itu.

Allah telah memberi inspirasi baru pada Azwan dan kini sudah ada beberapa konsep program yang lebih segar sedang bermain di dalam benaknya.

"Kalau ada pihak stesen TV yang sudi bekerjasama dan ingin memberi peluang kepada saya, saya alu-alukan kerana saya ada banyak idea baru.

"Keperibadian saya yang baru tidak mengizinkan saya meneruskan idea program seperti Cit Cat Azwan.

"Biarlah ianya berlalu dan saya pun tidak mahu lagi kenangkan benda yang lepas," ujar personaliti berusia 43 tahun, yang melonjak namanya di awal kemunculannya di program Muzik, Muzik TV3.

Salah satu program yang sudah diilhamkannya ialah AOA (dari singkatan Azwan, Ogy Ahmad Daud dan Aznil Nawawi).

"Saya sudah lama idamkan gandingan dengan dua selebriti ini sejak kemunculan pertama kami waktu Juara Lagu 1993.

"Saya tahu kedua-dua mereka sudah lama memaafkan saya dan saya sudahpun memberi hint kepada Ogy dan Aznil tentang program ini. Tengoklah kalau ada rezeki, saya akan terbitkan program ini,"jelas Azwan yang turut melayangkan jemputan kepada warga mStar untuk jamuan Hari Raya di Taman Andaman, Ukay Perdana, Kuala Lumpur pada hari Isnin (19 Oktober) ini.

Bagi Azwan, gandingan AOA adalah sesuatu yang istimewa.

"Saya rasa kami bertiga perlu lakukan sesuatu bersama-sama sebelum we say goodbye. Saya harap program ini akan jadi kenyataan," kata Azwan yang tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran kerana dipermudahkan perjalanannya membuat ibadah kali ini.

Sebelum mengakhiri perbualan petang itu, Azwan sempat berpesan sekali lagi, "kalau masih ada hati yang terluka dan tidak mahu menerima maaf dari saya, terpulanglah. I reserve my comments."

"Saya sudah tidak ada dendam dan marah lagi.....ramai yang kata saya sudah kembali kepada Azwan Ali yang lama, imej saya sewaktu Muzik-Muzik dulu. Alhamdulillah. Saya harap Tuhan akan tetapkan hati saya dan kekalkan saya dalam keadaan begini....," kata Azwan.

Azwan Ali dilahirkan pada 13 Februari 1966. Dia dibesarkan di Kampung Gate Baru, Setapak, Kuala Lumpur dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1991.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan