Anang tidak pernah kasari KD, kata Elsie

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anang (kanan) dan KD ketika saat bahagia.
Anang (kanan) dan KD ketika saat bahagia.

UNTUK kedua kalinya, Anang Hermansyah tidak menghadirkan diri bagi bicara kes cerainya dengan bekas isteri, Krisdayanti (KD).

Meskipun Anang tetap tidak menghadirkan diri ke sidang cerainya, kata peguam Elsie Lontoh, kehadiran kedua kliennya memang tidak begitu penting kerana sudah ada kesepakatan yang pasti di antara keduanya.

"Minggu lalu kita sudah sepakat untuk teruskan ke proses selanjutnya. Mungkin hakim boleh memutuskan kerana kita sudah sepakat dalam hal ini. Anang seorang yang kooperatif, tapi dia ada halangan untuk hadir," ujar Elsie yang juga sahabat KD dan Anang.

KD sememangnya wajib datang kerana dia yang melaporkan kes cerai.

"Mengenai hak asuh anak pun sudah disepakati. Tidak ada yang berubah. Cuma bila KD dapat bertemu anaknya, itu belum pasti lagi. Dia harus minta izin Anang," kata Elsie.

Elsie juga menolak khabar-khabar angin yang mengatakan Anang pernah melakukan kekasaran ke atas KD.

"Tidak pernah ada kekerasan setahu saya. Saya kenal mereka sudah 10 tahun. Anang tidak pernah mengasari atau memukul KD," ketika dikerumuni wartawan sejurus selepas sidang cerai KD-Anang.

Biasanya, kata Elsie, jika Anang bertengkar dengan penyanyi yang popular dengan lagu 'Mencintaimu' itu, tidak akan terjadi kekasaran secara fizikal.

Bahkan perang mulut pun tak ada. Mereka hanya saling diam.

"Kalau bergaduh pun, mereka tidak guna emosi. Hanya diam-diam saja," jelas Elsie lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan