Awie: Saya bukan penjenayah!

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Awie mengaku yang dia sedikit pun tidak berasa gentar jika dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan
Awie mengaku yang dia sedikit pun tidak berasa gentar jika dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan

PENYANYI rock dan pelakon terkenal Awie mengaku yang dia sedikit pun tidak berasa gentar jika dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Upper Penang Road pada bulan Julai tahun lalu.

Siasatan awal pihak polis mendapati punca pergaduhan di premis hiburan itu dipercayai akibat perselisihan faham antara Awie dan pengadu. Pengadu juga mendakwa Awie bersama sekumpulan lelaki telah membelasahnya.

Menurut polis lagi, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Ketika diminta memberi komen, Awie yang sedang berehat seketika selepas menjalani latihan 'Cuci The Musical' di Istana Budaya berkata, "Kenapalah ada manusia yang sakit hati sangat dengan saya?

Bagaimanapun, kata Awie, dia bersyukur kerana ada orang yang masih mengingatinya.

"Alhamdulillah, setidak-tidaknya ada juga orang ingat pada saya," katanya dalam nada separuh sinis.

Bila diasak bagaimana kejadian salahfaham itu boleh terjadi, Awie berkata, "Apa yang boleh saya cakap, perkara itu terjadi kerana saya terpaksa mempertahankan hak saya sebagai artis.

"Sebagai artis, saya juga ada hak. Bagaimana perasaan kalau diherdik, dihina dan dicaci. Saya hanya mempertahankan hak saya dan hak kawan-kawan saya.

"Macam nilah...kalau kita tidak suka dengar channel 1, tukar saja ke channel 2, habis cerita. Takkan saya hendak berdiam diri bila orang buat benda tak elok di depan saya," jelas Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 41,

Tapi apa yang Awie rasa sedikit terkilan bila tajuk di dada akhbar berbunyi..."Awie dipanggil, Awie dicari...".

"Apa kejadahnya buat tajuk macam tu? sambil merujuk tajuk 'Awie dikehendaki polis' seolah-olah saya ini dalam 'Wanted List' seperti penjenayah bahaya.

"Saya pun ada maruah dan harga diri. Yang hairannya bila saya yang dikaitkan, nama saya akan terpampang. Tapi kalau artis lain tidak pula. Macam ada orang yang sakit hati sangat dengan saya. Saya rasa ini tindakan yang keterlaluan dan melampau. Seolah-olah memberi gambaran yang saya ini dari geng penjenayah Kalimuthu atau Botak Chin," kata Awie.

Namun Awie juga sedar, semua ini adalah kerana impak namanya yang yang gah dan terkenal.

"Perkara ini jadi kecoh sebab banyak benda-benda yang berlaku dalam hidup saya. Mungkin sebab itu orang suka 'highlight' saya," kata pelakon yang jelas teruja dengan pementasan 'Cuci The Musical'. Sambungnya lagi, "Saya bukannya melarikan diri. Siapa-siapa nak jumpa saya, nak cari saya, datang saja ke IB. Saya berlatih kat sini tiap-tiap hari dari jam 2 petang hingga 12 malam kecuali Isnin.

"Dan pementasan pula bermula 23 Oktober hingga 8 November depan. Carilah saya....insya Allah saya ada kat sini," kata Awie yang membawa watak Jojo dalam teater muzikal ini.

Menurut Awie, dia sebenarnya tidak sabar untuk beraksi dalam teater ini kerana buat pertama kalinya dia mendapat cabaran untuk menyanyi, berlakon dan menghafal skrip sekali gus.

"Saya rasa pengalamannya cukup-cukup best. Tambahan pula jalan ceritanya ada yang ditukar, dibuang untuk menyedapkan lagi," kata Awie.

Untuk teater muzikal ini, Hans Isaac tidak lagi berada di kerusi pengarah tetapi hanya berlakon saja di samping Awie, Afdlin Shauki dan AC Mizal. Datuk Zahim Albakri dan Harith Iskander diberi tugas mengarah pementasan ini.

Beberapa pelakon asal versi filem seperti Erra Fazira, Umie Aida dan Datuk Rahim Razali pula digantikan dengan kehadiran Vanidah Imran, Adibah Noor dan Ramli Hassan.

"Memang 'happening'lah 'Cuci The Musical'. Saya memang alu-alukan sesiapa untuk datang menontonnya. Sesiapa yang dah lama mencari saya pun dijemput datang...," kata Awie dengan nada berseloroh sebelum mengakhiri perbualan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan