Slamet Rahardjo diserang penyakit vertigo

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON terkenal Indonesia Slamet Rahardjo kini dirawat di Wad VIP Rumah Sakit Internasional Bintato Jakarta Selatan.

Aktor ternama era 70-an ini dikhabar diserang penyakit vertigo, yang datang secara tiba-tiba.

"Slamet Rahardjo masuk rumah sakit semalam akibat diserang penyakit vertigo," jelas Didi Petet.

Vertigo ialah kondisi kesihatan di mana perasaan seseorang itu atau persekitarannya 'bergerak' atau 'berputar-putar'.

Ia berbeza daripada pening atau rasa gayat. Ia sebenarnya adalah ilusi pergerakan.

Khabarnya juga, Slamet diserang penyakit itu beberapa hari yang sudah tapi baru kini dirawat di hospital.

Menurut Didi, kondisi Slamet belum ada lagi berita terbaru.

"Setahu saya beliau tidak pernah mengeluh," tambah Didi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan