Norlia Ghani ingin saman malu dikaitkan dengan ajaran sesat

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Saya tidak mahu komen apa-apa. Sekarang ini saya dan peguam sedang di dalam proses untuk menyaman jabatan agama dan sebuah akhbar tabloid kerana artikel yang telah memalukan saya itu," luah pelakon veteran, Norlia Ghani yang dikaitkan dengan ajaran sesat Haji Kahar.

Di dalam sebuah akhbar tabloid hari ini, Norlia dilaporkan enggan memberikan kerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk membolehkan siasatan terhadap dakwaan dirinya dikaitkan terlibat dengan ajaran lelaki yang menggelarkan dirinya Rasul Melayu.

Menurut laporan itu lagi, ibu kepada pelakon Rusdi Ramli ini tidak mahu memenuhi permintaan Jais itu dan akan berbincang dengan peguamnya terlebih dahulu.

"Saya hairan mengapa saya yang dibabitkan dalam perkara ini. Kenapa nama saya yang dinaikkan? Orang menuduh saya yang bukan-bukan. Mana-mana saya pergi orang akan perli saya.

"Saya malu dengan tuduhan yang tidak berasas ini! Jadi saya rasa tidak perlu saya komen apa-apa lagi kerana saya sudah serahkan perkara ini untuk diuruskan oleh peguam," ujarnya yang masih lagi bersedih dengan kematian anak lelakinya, Edi Rizal Ramli, baru-baru ini.

Norlia sebelum ini pernah tampil membuat penjelasan bahawa dia bukan pengikut ajaran sesat yang dibawa oleh Haji Kahar atau nama sebenarnya Abdul Kahar Ahmad Jalal, 59, itu.

Walaupun pernah mengenali lelaki itu ketika menjayakan penggambaran drama, Norlia berkata dia tidak lagi bertemu dengan Haji Kahar selepas itu.

Difahamkan Haji Kahar turut terlibats ebagai pelakon tambahan di dalam penggambaran drama tersebut.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan