Kakak Tua: Fasha tidak bijak atur strategi!

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sungguhpun selalu digosip dengan beberapa lelaki, aktres jelita Fasha Sandha masih belum bertemu jodoh
Sungguhpun selalu digosip dengan beberapa lelaki, aktres jelita Fasha Sandha masih belum bertemu jodoh

BUKAN saja ahli politik bijak menyusun strategi tetapi artis juga tidak kurang handalnya.

Kalau ingin dilihat sebagai seorang dermawan, penglibatan secara langsung dalam aktiviti amal adalah satu kemestian.

Walaupun sudah banyak kali ditasak, apabila tangan kanan memberi, tangan kiri tak perlu tahu, itu semua ditolak tepi. Yang penting, publisiti dan strategi itu mesti menjadi.

Rasanya ramai artis kita sudah masak sangat bab mengatur strategi ini.

Disebabkan kekerapan dan kecekapan mereka memasang strategi ini, maka mereka menjadi begitu yakin sekali 'jerat' mereka akan terkena pada bila-bila masa saja?

Mungkin kalau ditanya adakah dengan 'menipu umur', pengumuman sedang bercinta atau akan berkahwin adalah salah satu dari strategi pemasaran.... tentu artis-artis jelita seperti Ella, Fasha Sandha dan Farawahida (sekadar memberi beberapa nama) tidak akan mengaku.

Tapi yang pelik, ungkapan itulah yang seringkali diulang-ulang meskipun kita sudah jemu mendengarnya.

Jika Farawahida tidak tergamak membuat pengakuan bercinta dengan komposer Julfekar, artis manis yang tidak jemu dipandang mata Fasha Sandha pula lebih 'open.'

Tidak habis-habis kisah cintanya yang dilamar beberapa jejaka dan duda. Khabar terbaru, kononnya Fasha akan mengakhiri zaman dara dan akan berkahwin tapi sudahnya tak jadi, jadi juga kahwin.

Dua calon pilihan pula bukan orang sembarangan. Apabila sudah dihubungkait, tentulah ada hati yang tidak berkenan bila perhubungan dua hati hanya sekadar teman saja dan bukan sesuatu yang serius.

Wartawan pula yang menjadi serba salah apabila tarikh yang dinanti-nantikan itu semakin hampir namun pengumuman dari tuan punya badan masih tidak ada tanda-tanda akan menjadi kenyataan.

Bila kenyataan penafian datang bertalu-talu, yang malu tentulah artis wanita itu sendiri. Masa kan tidak malu, macam bunga kembang tak jadi.

Kakak Tua selalu berpesan pada diri sendiri, anak-anak dan artis-artis muda, janganlah bertindak seperti batang mengkudu, dulu buah daripada bunga.

Kalau ikut resam orang bercinta, selepas puas menjeruk hati memendam rasa, ke jinjang pelamin sudahnya. Antara contoh terdekat ialah penyanyi Waheeda dan penyanyi rock dakwah, Ustaz Akhil Hayy.

Sudah puas digosip berdua dan disumbangkan, sudahnya mereka disatukan juga. Walaupun banyak ranjau yang harus ditempuhi, mereka bersama akhirnya.

Memang susah hendak menjaga nama baik sebagai gadis pingitan seumpama bunga di gaung batu, taruk kaca tangkainya embun. Cakap siang pandang-pandang, jangan selalu cakap berdegar-degar tapi hasilnya tak ada.

Cinta dan perasaan hati itu tidak pernah kekal, samalah seperti tidak kekalnya bunga yang dikarang. Hari ini suka, besok dah benci. Hati akan senantiasa berubah macam pasang surut air di pantai.

Dalam kes Fasha dan dua buah hatinya, agak-agak siapakah yang sudah berubah hati hingga ikatan menjadi longgar? Meski diburu untuk mendapatkan kepastian apa yang terjadi, Fasha tetap memasang strategi dan kali ini dia hanya diam membatu.

Memanglah cara Fasha nampak lebih berhemah, bila diam tanpa memberi kenyataan balas. Setidak-tidaknya nama Fasha disebut-sebut dalam ruangan gosip berhari-hari. Strategi begini boleh melariskan nama Fasha yang seakan lalang ditiup bayu sejak akhir-akhir ini.

Tapi ada kalanya strategi macam ni boleh makan diri juga.

KAKAK TUA: Kasihan melihat artis wanita yang kecundang seperti bunga layu di pohon.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan