Watak Megan Fox dalam sekuel Transformers dimatikan?

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktres Megan Fox bergambar sebelum tayangan filem
Aktres Megan Fox bergambar sebelum tayangan filem "Jennifer's Body" di Hollywood pada 16 September 2009. -Foto REUTERS

MEGAN Fox menafikan khabar angin tentang 'kematian' wataknya di dalam filem Transformers, Mikaela Banes dan menegaskan dia tidak mempunyai sebarang babak mati di dalam sekuel filem itu kelak.

Pelakon berusia 23 tahun itu telah membintangi filem tersebut sejak siri pertama pada tahun 2007 dan yang terbaru, Transformers: Revenge of the Fallen pada tahun ini.

Namun begitu, timbul khabar angin di internet yang mengatakan watak Fox di dalam sekuel itu nanti akan dipendekkan setelah wujudnya ketidaksefahaman dnegan orang kuat filem tersebut.

Jurucakap aktres itu bagaimanapun berkata, karektor Fox di dalam filem itu tidak akan 'dibunuh' dan menegaskan, semua khabar angin itu tidak benar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan