Taylor Swift keliru tentang cinta

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Taylor Swift bergambar semasa 'The Tommy Hilfiger spring 2010 collection' pada New York Fashion Week, 17 September, 2009. -Foto AP
Taylor Swift bergambar semasa 'The Tommy Hilfiger spring 2010 collection' pada New York Fashion Week, 17 September, 2009. -Foto AP

TAYLOR Swift berkata, dia masih cuba mengkaji perjalanan sesebuah hubungan cinta dan bagaimana untuk melayan setiap lelaki secara berbeza.

Penyanyi itu yang pernah menjalinkan hubungan dengan Joe Jonas mengaku bahawa dia tidak begitu bagus dalam membentuk sesebuah hubungan kerana dia akan menjadi pemalu bila bertemu dengan lelaki yang disukainya.

"Setiap kisah cinta adalah berbeza dan saya suka mendekati setiap orang yang saya jumpa seperti sebuah buku yang berbeza, bukan seperti bab-bab yang terkandung di dalam sebuah buku.

"Saya tidak ada satu teori umum bagaimana untuk bercinta dengan seseorang. Saya rasa, tujuan saya sering menulis lagu tentang cinta adalah kerana saya tidak tahu apa yang berlaku tentang cinta.

"Ia sukar diramalkan," kata penyanyi yang popular dengan lagu Love Story ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan