Idham siapkan filem ‘Niyang Rapik’ dalam tergesa-gesa

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HARI Raya Aidilfitri keempat lalu, produser, pengarah dan pelakon Ahmad Idham sudah bertolak ke Bangkok, Thailand bagi menyiapkan proses ‘mixing’ untuk filem terbarunya, ‘Niyang Rapik’.

Disebabkan itu, Idham berkata dia tidak dapat menghabiskan masa yang lama untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga.

Jika sebelum ini, Idham pasti akan membawa keluarganya bercuti ke tempat-tempat menarik di dalam negara sekadar untuk berehat dan menghabiskan masa bersama mereka.

Namun, tahun ini dia tidak melakukan aktiviti tahunannya itu tambahan pula penyakit Selesema Babi (H1N1) masih lagi menular di negara kita.

“Tahun ni saya sibuk dengan kerja seperti menyiapkan filem ‘Niyang Rapik’ dan pementasan teater ‘Impak Maksima The Musical’.

“Insya-Allah, filem itu akan ditayangkan pada awal 2010,” kata Idham mengenai filem yang dibuat dalam tergesa-gesa itu.

Jelasnya, dia terpaksa mempercepatkan pengambaran filem yang memakan masa selama 10 hari itu bagi memberi laluan kepada teater pula.

Selepas dia selesai dengan teater, baru Idham akan menyambung semula tugasan untuk filem termasuk melakukan pelancaran filem dan runut bunyinya.

“Setakat ini saya belum sempat uar-uarkan tentang filem ini sebab terlalu sibuk dengan teater.

“Saya terfikir untuk membuat filem ini selepas melihat kejayaan drama bersiri ‘Puaka Niyang Rapik’ di TV3 yang telah mengutip rating yang sangat baik iaitu 3.7 juta penonton.

“Cuma cerita untuk filem ini lebih berlainan daripada drama bersiri itu dan menggunakan konsep seram yang baru serta berlainan dengan filem ‘Congkak’ dan ‘Jangan Pandang Belakang’.

“Mungkin selepas selesai teater nanti, baru saya akan melakukan majlis kesyukuran untuk filem dan ‘soundtrack’ yang dibuat oleh komposer dan penyanyi dari The Fabulous Cats, Cat Farish,” ceritanya mengenai filem seram ketiga arahannya itu.

Filem seram pertama Idham adalah ‘Jangan Pandang Belakang’ dan ‘Congkak’.

Skrip filem ‘Niyang Rapik’ ditulis oleh penulis novel dan skrip terkenal, Siti Jasmina Ibrahim.

Kata Idham, filem ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar universiti yang melakukan kajian di sebuah kampung bernama Niyang Rapik.

Setahun selepas itu, rakan mereka meninggal dunia secara mengejut dan mereka mempercayai ada kesilapan yang telah dilakukan semasa di kampung itu.

Lantas mereka kembali ke situ untuk menebus semula kesilapan yang dilakukan dan mencari kebenaran mengenai misteri kematian rakan mereka itu.

Filem bergenre pengembaraan seram itu dilakonkan oleh lima hero iaitu Zed Zaidi, Awal Ashaari, Fizz Fairuz, Shaheizy Sam dan Kamal Adli di samping Liyana Jasmay.

Idham sukar rakam suasana seram di Tasik Kenyir

Ditanya tentang cabaran yang dilakukan ketika menjalani pengambaran filem itu, Idham berkata dia sukar untuk merakamkan suasana seram di Tasik Kenyir, Terengganu

“Boleh dikatakan sebanyak 50 peratus kawasan Tasik Kenyir digunakan untuk pengambaran filem ini.

“Bagi saya ‘Niyang Rapik’ merupakan antara filem seram yang paling susah untuk ‘shooting’ kerana saya nak rakam suasana seram di tasik itu.

“Selama 10 hari di sana, seramai 40 orang pelakon termasuk krew tidur di atas tiga buah rumah bot atas air. Kami juga terpaksa terputus dengan bekalan elektrik dan tiada sesiapa yang tinggal di situ.

“Alhamdulillah, tiada gangguan yang pelik tetapi kami tetap berjaga-jaga setelah mengetahui ada beberapa tempat ‘keras’ di situ,” kata Idham yang waktu ini telah berada di Singapura selama seminggu untuk mementaskan ‘Impak Maksima The Musical’ di Esplanade.

Menurutnya, jualan tiket teater itu dikatakan telah hampir habis dan sambutannya di luar dugaan.

Mengenai projek terbarunya, Idham akan menjalani pra-produksi untuk filem sekuel 'Jangan Pandang Belakang Congkak 2' pada 15 November ini.

Selain itu, pelakon drama tv 'Cinderella' ini sedang menunggu tayangan filemnya yang telah selesai pengambaran iaitu 'Senario The Movie Episode 2: Beach Boys', 'Semerah Cinta Stiletto', 'Adnan Sempit' dan 'Niyang Rapik'.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan