Elaine Daly: Saya bukan pelakon lucah!

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"Saya lakukan aksi itu atas dasar profesional. Saya adalah seorang pelakon dan bagi saya, itu hanyalah sebahagian daripada seni," kata Elaine

"SAYA bukannya bodoh. Bukannya saya sengaja nak tayang 'body'. Saya bukannya pelakon lucah," luah aktres dan model, Elaine Daly ini dalam nada kesal setelah merasakan banyak pihak telah menyalahtafsir kenyataannya berhubung lakonan 'separuh bogel' yang dilakukannya di dalam filem Cahaya.

Menurut wanita berusia 32 tahun ini, dia sememangnya sudah lama bersedia dengan sebarang kutukan atau kritikan yang akan singgah dalam dirinya gara-gara babak 'panas' itu, namun dia tidak mahu masyarakat salah faham niat sebenarnya berbuat demikian.

"Saya sedih bila terbaca sebuah laporan di media baru-baru ini yang mengatakan saya pernah keluarkan kenyataan bahawa saya perlu berlakon seperti itu sebagai cara untuk menembusi pasaran luar.

"Bukan itu yang saya maksudkan. Apa yang saya cuba sampaikan ialah filem ini mempunyai jalan cerita yang menarik serta realistik dan mampu pergi jauh. Tetapi tidak sangka pula ada yang salah tafsir apa yang saya katakan.

"Saya lakukan aksi itu atas dasar profesional. Saya adalah seorang pelakon dan bagi saya, itu hanyalah sebahagian daripada seni," kata Elaine yang mengakui menerima banyak panggilan daripada rakan-rakannya selepas artikel tersebut disiarkan.

Ingin membetulkan persepsi masyarakat terhadap salah faham itu, ujar Elaine bagaimanapun, dia akui sukar untuknya membuat penjelasan ketika ini apatah lagi filem tempatan arahan Johan John itu masih belum ditayangkan di pawagam sebelum itu perlu melalui proses tapisan.

Filem yang turut menampilkan Khir Rahman sebagai pelakon itu mengisahkan tentang kehidupan dua individu berbeza. Seorang merupakan pakar refleksologi lelaki yang buta manakala seorang lagi adalah wanita cantik yang menjadi teman sosial.

Walaupun belum ditayangkan, filem ini hangat diperkatakan apabila 'teaser' daripada filem tersebut telah tersebar menerusi laman web YouTube yang mana ia antara lain memaparkan babak-babak Elaine dalam keadaan 'separuh bogel' dengan menunjukkan bahagian belakang badannya.

"Aksi itu menunjukkan bahagian belakang saja. Untuk babak-babak itu, saya sebenarnya menutup bahagian depan badan saya dan sudah tentu ia nampak seperti saya berbogel jika dilihat dari belakang.

"Saya pun tak sanggup senang-senang mendedahkan tubuh badan saya. Takkanlah saya nak musnah karier saya sendiri. Bukan disebabkan saya bukan Islam, jadi saya boleh suka-suka hati lakukannya kerana apapun, saya tetap menghormati budaya kita.

"Sebelum menerima tawaran tersebut, saya ada bertanya terlebih dahulu pada rakan-rakan.

"Saya juga awal-awal lagi sudah beritahu John, bahawa saya tidak akan lakukan adegan itu secara terbuka dan dia beritahu saya tidak perlu risau, boleh dilakukan dengan cara selamat.

"Ini bukanlah filem lucah. Ia mempunyai mesej yang bagus untuk penonton di penghujung ceritanya. Saya yakin, filem ini boleh menambat hati penonton, bukan disebabkan 'adegan-adegan' itu, tetapi lebih kepada mesej disebalik apa yang ingin disampaikan," katanya lagi.

Apapun, tutur Elaine, dia tetap bersedia dengan kritikan yang akan terus diterimanya apabila filem ini ditayangkan kelak.

"Saya bersedia untuk berdepan dengan apa saja kerana saya lakukannya atas dasar cinta kepada bidang ini. Bukan mahu mendabik dada, tetapi saya memang berpuas hati dengan hasilnya," kata Elaine.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan