Lisa dikritik lakonan tak cukup ‘ummph’

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKAN mudah untuk dinobatkan sebagai pelakon yang terhebat dan profesional kerana setiap perkara serta gerak-geri akan diperhatikan oleh peminat industri perfileman tempatan.

Sebut tentang pelakon terhebat, baru-baru ini pelakon terkenal Lisa Surihani akui kagum apabila dapat berlakon buat pertama kalinya dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira menerusi drama ‘Mertua Vs Menantu musim kedua’.

Katanya, dia berharap dapat dipertemukan dengan Erra dalam satu babak kerana pelakon itu pernah dinobat sebagai pelakon terhebat.

Tambahan pula, gandingan ini juga merupakan kerjasama pertama Lisa bersama dengan dua watak baru lain lakonan Farid Kamil dan Ezani Nizariff selepas drama ini mengutip kutipan rating tertinggi dalam sejarah Astro iaitu 2.7 juta penonton.

“Saya 'komited' untuk laksana tanggungjawab ini kerana peluang ini hanya datang sekali, jadi saya rasa berbesar hati dan ‘excited’.

“Saya memulakan penggambaran dengan cerita yang mempunyai rating tinggi dan pelakon yang gah dan senior seperti Erra, yang walaupun dia ada status tersendiri tetapi dia amat merendah diri.

“Saya kagum dengan dia. Saya tak habis baca skrip lagi dan tidak tahu kami berdua mempunyai babak bersama atau tidak tetapi saya harap ada kerana dia pernah dinobat sebagai pelakon terhebat,” katanya yang berlakon dalam drama itu sebagai salah satu kontrak eksklusif dengan Astro Megadrama.

Menyentuh tentang pelakon profesional pula, ada yang menyangkal Lisa mampu menggalas tugasnya sebagai pelakon dengan baik.

Hal ini berlaku bilamana pelat huruf ‘r’ yang dialami oleh Lisa didakwa kurang memenuhi kriteria untuk menjadi pelakon profesional.

Walaupun begitu, pemenang anugerah Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-21 menerusi filem ‘I’m Not Single’ ini akui pelat huruf ‘r’ memang sudah sebati dalam dirinya sejak kecil lagi.

Lantas dia tidak terlalu mengambil keadaan itu sebagai suatu masalah besar.

“Saya tak terasa hati langsung dengan dakwaan itu. Saya juga tak terfikir pula untuk melakukan rawatan untuk mengubat pelat huruf ‘r’ ini.

“Saya selalu beritahu diri-sendiri yang pelat huruf ‘r’ ini bukannya untuk jatuhkan diri saya tetapi saya perlu tingkatkan diri. Saya harap dapat ‘improve’ melalui praktis.

“Saya juga pernah maklumkan kepada pengarah tentang hal ini tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai masalah dengan sebutan ‘r’ saya dan belum pernah lagi saya mendapat komen negatif tentang itu,” luahnya sambil tersenyum.

Tambah Lisa, sebagai manusia biasa dia hanya mampu mengambil setiap komen dengan tujuan untuk memperbaiki dirinya dari masa ke semasa.

“Jika orang fikir macam tu, saya hormat pandangan mereka dan apa yang kurang saya akan perbaiki.

“Setiap individu ada hak untuk bercakap dan ia bergantung kepada saya untuk mengambil perkara itu sebagai menjatuhkan saya atau membina.

“Saya kena anggap positif. Lagipun, ramai peminat saya di FaceBook dan Twitter yang menyokong saya dan selalu berpesan supaya jangan ‘give up’,” katanya yang teringin berlakon dengan pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Adlin Aman Ramli, Afdlin Shauki dan Shaheizy Sam.

Setakat ini, Lisa berkata secara kebetulan skrip drama dan filem lakonannya adalah bersama Farid Kamil.

Jadi, dia tidak mampu menolak gandingan itu atas kehendak skrip tetapi dia tidak menafikan mahu berlakon lagi dengan pelakon hebat lain seperti Que Haidar.

“Saya pernah berlakon dengan Que dalam filem ‘Lagenda Budak Setan’ dan kalau boleh saya nak berlakon bersamanya lagi sebab dia sangat berdedikasi dan bagus.

“Saya juga nak belajar cara kerja Adlin, Afdlin dan Rosyam serta suka melihat Shaheizy dengan unsur lakonan yang semulajadi,” ujarnya yang telah dua tahun aktif dalam industri ini.

Sejak mula-mula memasuki dunia seni ini, diperhatikan ibu Lisa sentiasa mengekori ke mana anak gadisnya itu pergi.

Namun, Lisa hanya mampu meminta semua peminat supaya lebih berfikiran positif dengan menerangkan yang ibunya itu telah mengikutinya sejak dia terlibat dalam industri semasa berusia 10 tahun.

“Arwah ayah saya telah mengamanahkan ‘mummy’ untuk menjaga saya. Jadi tiada kaitan tentang ‘mummy’ tidak percaya untuk melepaskan saya seorang diri. Dia juga bukannya pembantu peribadi saya.

“Saya harap hal ini sudah jelas. ‘Mummy’ sekadar teman saya. Saya tahu apabila di lokasi pengambaran semua orang akan perhatikan dia tetapi dia tidak membawa apa-apa masalah pun.

“Dia pun ada belajar kerja seni seperti syot dan dah pandai komen ‘conti (continuety) lari’. Saya rasa tak salah untuk dia temankan saya. Nak-nak arwah ‘daddy’ dah tiada, jadi saya suka dia temankan saya.

“Saya rasa lebih selamat kerana ahli keluarga ada bersama,” jelas pelakon filem ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’ ini.

Lisa berkata dia lebih selesa berbincang dan meminta pendapat daripada ibunya. Selebihnya adalah untuk mendapatkan restunya.

“Apa yang saya suka kalau dia temankan saya, dia akan berikan pendapat yang jujur tentang progresif kerja saya. Kadangkala dia kata lakonan saya tak cukup ‘ummph’,” cerita Lisa.

Dalam perkembangan lain, Lisa yang membawakan watak Maya dalam ‘Mertua Vs Menantu 2’ ini sedang menantikan tayangan filemnya di pawagam seperti ‘V3: Samseng Jalanan’, ‘Kapoww!’, ‘Lagenda Budak Setan’, ‘Zoo’ dan ‘Semerah Cinta Stilleto’.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan