Ibu Krisdayanti menangis terkenang cucu - Berita Hiburan | mStar

Ibu Krisdayanti menangis terkenang cucu

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KD sangat merindui Aurelle dan Azriel setelah lebih sebulan tidak bertemu.
KD sangat merindui Aurelle dan Azriel setelah lebih sebulan tidak bertemu.

BUKAN hanya Krisdayanti (KD) yang sedih kerana tidak bertemu dengan dua orang anaknya Aurel dan Azriel sejak lebih sebulan lalu. Malah, ibunya, Rachma Widadiningsih juga turut berasa demikian.

"Dia sangat sedih. Dia menangis kerana tidak dapat bertemu cucu-cucunya," jelas Dodo di dalam laman web detikhot.com, yang mengaku dia adalah sepupu kepada penyanyi tersohor itu.

Rachma menangis pada hari ulangtahunnya yang ke-59 kerana tidak dapat meraikan hari itu dengan kedua-dua orang cucunya. Aurel dan Azriel ketika ini tinggal di rumah bekas suami KD, Anang yang terletak hanya 300 meter dari kediaman KD.

KD bagaimanapun dilihat tenang dan tidak menampakkan raut wajah sedih ketika meraikan hari lahir ibunya itu.

Majlis sederhana itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. Penyanyi Rossa dan Yuni Shara juga dilihat turut hadir

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan