Isteri percaya Ahmad Idham tiada hubungan 'cinta' lain!

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amy dan suaminya, Idham sentiasa menerapkan sikap saling mempercayai dan yakin antara satu sama lain - foto AMY AZIZ
Amy dan suaminya, Idham sentiasa menerapkan sikap saling mempercayai dan yakin antara satu sama lain - foto AMY AZIZ

BERKUNJUNG ke rumah terbuka Aidilfitri pelakon, produser dan pengarah terkenal Ahmad Idham pada dua hari lalu di rumah mewahnya di Ampang Jaya begitu meriah dengan kehadiran sanak saudaranya, rakan taulan dan keluarga.

Ditambah pula dengan hidangan juadah yang begitu membuka selera seperti sate, char kuey teow, nasi lemak ayam goreng berempah dan manisan.

Bagi Idham, tidak salah untuk berkongsi rezeki dengan orang lain lebih-lebih lagi rumah terbuka itu pertama kali dilakukan di rumah yang baru didudukinya sejak lebih setahun lalu.

Seronok melihat kemesraan antara Idham dan isterinya, Jameah Abdul Aziz, 33, bersama anak-anak dan tetamunya yang lain membuahkan rasa hormat terhadap pengarah yang peramah dan tidak sombong itu.

Walaupun sudah berada di ‘puncak’, bapa kepada tiga orang anak ini tidak pernah mendabik dada dengan kejayaannya.

Namun, Idham akui ada pihak yang tidak menyenangi dirinya apabila timbul beberapa gosip cinta antaranya dengan beberapa pelakon wanita.

Sebelum ini, Idham telah dikaitkan dengan pelakon dan penyanyi Zarina AF2 kemudian kali ini dengan pelakon baru, CT Zie.

Pengarah filem ‘Jangan Pandang Belakang’, ‘Impak Maksima’ dan ‘Senario The Movie: Episod 1’ ini telah menafikan gosip menjalin cinta dengan Zarina dan mengatakan ‘gosip itu tidak berlaku’.

Kali kedua digosip pula dengan CT Zie dari Singapura, Idham tidak melenting terus malah hanya tersenyum membaca gosip yang tersiar di sebuah akhbar mingguan itu lantas menjawab:

“Orang kena tahu akan kerja seorang pengarah dan penerbit itu perlu berjumpa dengan ramai orang.

“Itulah risiko yang terpaksa saya ambil apabila dah terbang tinggi.

“Saya hanya membawa CT Zie keluar dengan beberapa kawan lain termasuk produser, pengarah dan pelakon Hans Isaac selepas majlis Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 sebelum ini.

“Kami sekadar berbincang untuk mengambilnya berlakon dalam filem terbaru saya nanti.

“Bagi saya dia ada rupa. Lagipun, dia telah diambil untuk menjadi artis naungan Metrowealth (MIG). Sama juga seperti saya masukkan pelakon Lisa Surihani dan Intan Ladyana.”

Isteri percaya Idham

Dalam pada itu, isteri Idham yang mesra dengan panggilan Amy, 33, hanya tersenyum apabila ditanya tentang gosip suaminya.

Amy berkata dia dan suami sudah lama mengenali antara satu sama lain, jadi mereka hanya terapkan sikap saling mempercayai dan yakin antara satu sama lain.

“Saya senang je..nama pun gosip. Saya tak boleh terlalu cerewet. Biasanya saya tak baca gosip dalam surat khabar tetapi saya akan tahu juga melalui kawan-kawan yang menghubungi atau SMS saya.

“Saya tak boleh ‘control’ dia sebab kerja dia memang berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Saya tiada pilihan dan perlu saling percaya.

“Kalau saya ‘control’ atau sekat, macama mana dia nak cari sumber rezeki,” kata ibu kepada Ahmad Firdaus, 9, Ahmad Aydeel, 5, dan Kintan Myra, 3, ini.

Jelasnya, agak berbeza semasa bergelar isteri kepada produser dan pengarah berbanding sewaktu suaminya hanya bergelar pelakon sebelum ini.

“Komitmennya lebih padat dan menyebabkan dia kurang masa dengan keluarga. Jadi, saya kena berkorban masa dan tenaga untuk menjaga anak-anak apabila dia tiada di rumah.

“Saya juga tidak boleh terlalu bergantung dengan dia,” ujarnya yang dalam masa yang sama mengusahakan sebuah tadika di Bukit Indah.

Oleh itu senang untuk Amy menghabiskan lebih banyak masa untuk bersama anak-anak kerana dua orang anaknya akan mengikutnya ke tadika yang telah dibuka sejak 11 tahun lalu manakala anaknya yang sulung bersekolah darjah tiga.

Walaupun begitu, Amy berkata suaminya akan membawanya dan anak-anak bercuti di dalam negeri sebagai ‘bayaran’.

“Kalau dia tidak sibuk dengan pengambaran, kami akan bercuti dan masa itu dia akan pastikan masanya hanya untuk kami. Tidak pun, dia akan bawa anak-anak pergi berenang atau main ‘game’.

“Kadangkala, saya selalu juga terangkan kepada anak-anak kerana mereka selalu tanya tentang ‘daddy’ mereka.

“Kawan saya, pelakon Nina Juren juga selalu banyak beri kata-kata semangat dan kesabaran yang tinggi,” ceritanya yang tidak menafikan turut dikenali publik apabila berada di luar.

Namun begitu, Amy hanya seronok melihat Idham berjumpa dengan orang ramai dan peminatnya. Jauh di sudut hatinya, tidak pernah dia memikirkan untuk bergelar seorang pelakon.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan