Amy Winehouse muncul dengan album baru tahun depan

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Album terbaru Amy Winehouse dijadualkan akan berada di pasaran pada tahun depan - foto REUTERS
Album terbaru Amy Winehouse dijadualkan akan berada di pasaran pada tahun depan - foto REUTERS

ALBUM terbaru Amy Winehouse dijadualkan akan berada di pasaran pada tahun depan.

Presiden syarikat rakaman Island, Darcus Beese berkata, semua lagu untuk album tersebut dijadualkan sudah siap pada tahun 2010.

"Saya ada mendengar beberapa lagu demo yang menarik. Saya berharap, kita akan muncul dengan album terbarunya tahun depan," katanya di dalam BBC News

Sebelum ini, Winehouse dilaporkan sedang bekerja dengan penerbit, Salaam Remi ketika penyanyi itu menetap di St Lucia, Carribbean.

Pada Oktober tahun lalu, Remi berkata mereka sudah siap menghasilkan empat buah lagu.

Album terakhir Winehouse, Back To Black muncul pada tahun 2006 dan telah memenangi lima anugerah di Anugerah Grammy.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan