Ahli kumpulan Boyzone, Stephen Gately meninggal dunia

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Stephen (kanan) bersama anggota-anggota kumpulan Boyzone
Stephen (kanan) bersama anggota-anggota kumpulan Boyzone

AHLI kumpulan Boyzone, Stephen Gately, dilaporkan meninggal dunia ketika tidur, pada Sabtu, sewaktu dalam percutian di Pulau Majorca, pantai timur Sepanyol.

Menurut sumber yang memberitahu News of the World, Gately sebelum itu keluar untuk minum.

"Dia keluar untuk pergi minum dan kemudian balik, tertidur dan terus tidak bangun-bangun lagi," kata sumber itu.

Menurut laporan beberapa portal berita, empat ahli kumpulan yang popular sekitar era 90an ini iaitu Ronan Keating, Mikey Graham, Shane Lynch dan Keith Duffy dijangka akan berlepas ke Majorca.

Boyzone menghasilkan beberapa buah album sebelum berpecah pada tahun 2000. Populariti mereka seiring dengan 'boybands' lain ketika itu seperti Backstreet Boys dan N'Sync.

Boyzone bagaimanapun bergabung semula untuk menjayakan konsert siri jelajah pada tahun 2007.

Pada tahun 1999, Gately, 33, mengaku bahawa dia adalah seorang gay. Dia dan pasangannya, Andrew Cowles berkahwin di dalam satu upacara sivil tertutup di London pada tahu 2006.

Gately meneruskan karier solonya setelah Boyzone berpecah dan pernah membintangi teater.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan