Mamat Khalid tak gusar babak gaduh dalam ‘Estet’

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mamat bersama pelakon utama 'Estet', Farid Kamil, Shashi Tharan, Jasmine Michael. -Foto The Star oleh DARRAN TAN
Mamat bersama pelakon utama 'Estet', Farid Kamil, Shashi Tharan, Jasmine Michael. -Foto The Star oleh DARRAN TAN

SETIAP cetusan idea sutradara Mamat Khalid pasti berpaksikan kepada sebab utama dia mahu menghasilkan sesebuah naskhah itu.

Ramai yang bertanya tentang mengapa dia mahu menghasilkan filem ‘Estet’ yang akan ditayangkan pada Tahun Baru Cina nanti.

Filem ini dilakonkan oleh Farid Kamil, Rosyam Nor, Shashi Tharan, Jasmine Michael dan Kenchana Devi. Ia turut menampilkan penyanyi Alleycats, David Arumugam pertama kalinya beraksi di layar perak.

Lantas, dengan panjang lebar pengarah filem terbaik Festival Filem Malaysia ke-21, ‘Kala Malam Bulan Mengambang’ yang suka berceloteh ini tidak berhenti memberikan sebabnya namun ada satu perkataan yang boleh disimpulkan iaitu 'perpaduan'.

Namun begitu, Mamat berkata dia tidak mahu menyogok perpaduan secara terang-terangan dalam filem pertama terbitan syarikatnya, Naga VXS Sdn. Bhd. Menurutnya, ‘perpaduan dah ada dalam ‘Estet’, jadi tak perlu sogok’.

Jelas Mamat, banyak perkara yang diambil kira sebelum dia memasang niat untuk membuat filem ini. Setiap perkara yang diterapkan dalam ‘Estet’ perlu dikaji dari akar umbinya.

Bak kata Mamat, “Saya tak gusar tentang babak gaduh dalam filem ini untuk dinilai oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Sebagai pengarah, saya nak ‘push it to the limit’ yang menyediakan cerita ini dari bangsa Melayu dan Tamil.

“Pembikinan kami penuh dengan kasih sayang. Jadi saya tak tahu di mana LPF akan suntik untuk pemotongan itu.”

Tambah pengarah filem ‘Lang Buana’, ‘Man Laksa’ dan ‘Zombi Kampung Pisang’ ini, dia telah cuba membuat kajian kepada sembilan orang penonton untuk menilai filem itu.

“Sebelum ini, kami telah mencari secara rambang empat orang remaja dan lima orang dewasa berumur antara 30 hingga 50 tahun yang berbangsa Tamil di sekitar Brickfields untuk menonton filem ‘Estet’.

“Hasilnya, di akhir cerita mereka menepuk tangan dan tiada pula yang hendak marah atau tidak berpuas hati dengan jalan cerita itu,” beritahu Mamat.

Mungkin sebelum ini, kata Mamat dia mendapati kaum Tamil seperti dipinggirkan dan filem yang dihasilkan oleh mereka juga hanya ditayangkan di pawagam indie.

“Pertama kali selepas filem ‘Gerimis’ karya P. Ramlee, saya meletakkan watak filem ‘Estet’ dibintangi oleh pelakon Tamil tempatan, Shashi Tharan di atas kemudian baru diikuti oleh Farid Kamil.

“Jadi, kalau selepas ini mereka masih hendak rasa terpinggir juga, tak tahulah saya nak kata apa lagi..,” ulasnya mengenai hal itu.

Dalam pada itu, Mamat sempat juga berkongsi tentang pengalamannya ketika membuat filem ini.

Jelasnya, agak sukar untuk membuat filem Tamil kerana pelbagai perkara yang perlu difikirkan.

“Misalnya, adegan nyanyian sahaja perlu menggunakan tujuh hingga lapan lokasi bagi menimbulkan kreativiti.

“Saya sendiri rasa tak mampu untuk membuat filem Tamil. Tetapi untuk membuat klip video lagu tema ‘Estet’ tidaklah terlalu susah sebab saya dah biasa cuma saya perlu tahu membezakan antara imejan filem dan klip video kerana imejan klip video bermain dengan tempo naluri,” beritahunya.

Lancar buku untuk filem ‘Estet’ dan klip video

Baru-baru ini Mamat telah melancarkan buku untuk filem ‘Estet’ terbitan Matahari Publication yang telah pun berada di pasaran sejak 2 Oktober lalu dengan harga RM25.

Mamat berkata buku yang mengandungi temubual antara penyelenggara buku itu, Ajami Hashim dengannya, temubual bersama pengarah fotografi Indra Che Muda dan draf pertama skrip filem itu bukan sekadar untuk mempromosikan filemnya.

“Tetapi sebagai sebuah koleksi temubual antara saya dan Ajami sebelum ‘Estet’ dibuat.

“Selain itu, skrip dalam buku itu juga amat berguna sebagai rujukan kepada pelajar yang mengambil jurusan perfileman,” jawabnya yang turut melancarkan klip video lagu tema filem iaitu ‘Ayuh Kawan’ dan ‘Cahaya Kemenangan’.

Lagu-lagu dan klip video arahan Mamat Khalid dengan kolaborasi komposer muzik Tamil, R. Lawrence dan koreografer Rubindran Nair itu akan disiarkan di stesen tv dan radio tempatan mulai bulan ini.

“Klip video lagu-lagu itu juga akan disiarkan di MTV Asia kerana sebelum ini kita tidak pernah melihat pengaruh lagu Melayu dan Tamil di saluran tv berbayar itu,” ujarnya yang turut menyatakan hasratnya untuk mementaskan teater daripada filem ‘Estet'.

Kata Mamat, hasrat itu masih dalam perancangan kerana memerlukan bajet yang agak besar.

Mamat sememangnya terkenal dengan pengarah yang suka membikin filem yang tidak pernah dilakukan oleh produser dan pengarah tempatan.

Lantas dia berharap agar filem 'Estet' akan mencetuskan suatu fenomena baru untuk semua pihak menaikkan martabat filem tempatan.

“Saya cetuskan permulaan ini dan diharap ada orang lain yang sudi untuk membuat filem seperti ini lagi selepas ini seperti filem-filem Yasmin Ahmad dan Afdlin Shauki yang kuat dengan bangsanya..,” akhirinya yang akan membikin filem terbaru, ‘Hantu Kak Limah’ mulai 10 November depan.

Kata Mamat, sekuel daripada filem ‘Zombi Kampung Pisang’ itu berlatarbelakangkan budaya tahyul Melayu dan cepat melatah dengan perkara yang tidak difahami.

Selepas ‘Hantu Kak Limah’ Mamat akan menyambung sekuel ketiganya pula iaitu ‘Zombi Kilang Biskut’.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan