Kemungkinan Anang-KD rujuk hanya 0.1 peratus - Berita Hiburan | mStar

Kemungkinan Anang-KD rujuk hanya 0.1 peratus

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sidang tentang perceraian mereka akan kembali bersambung pada 15 Oktober ini.
Sidang tentang perceraian mereka akan kembali bersambung pada 15 Oktober ini.

ANANG dan Krisdayanti (KD) telah memasuki sidang perceraian pertama mereka dua hari lalu.

Sehingga kini mereka masih tetap mahu berpisah. Jika mahu rujuk sekalipun, mungkin hanya 0.1 peratus.

"Tidak ada ke arah itu (rujuk). Kemungkinannya 0.1 peratus. Kedua-duanya ingin cepat selesai,” ujar peguam yang juga sahabat baik KD, Elsie Lontoh ketika ditemui di kawasan Menteng, Jakarta Pusat, Khamis.

Untuk mempercepatkan sidang, KD dan Anang pun telah membawa seorang saksi masing-masing. Semua telah diatur dengan rapi oleh kedua-duanya.

Baik Anang mahupun KD, mereka menginginkan perceraian itu berlangsung secepat mungkin. Selain itu, mereka juga telah menyediakan surat perjanjian penjagaan anak atas persetujuan bersama.

"Mereka tidak mahu timbul masalah di kemudian hari," jelas Elsie.

Permohonan cerai telah didaftarkan pada 28 September lalu, namun pada 19 Ogos lepas, Anang telah menjatuhkan talak tiga terhadap KD.

Sidang tentang perceraian mereka akan kembali bersambung pada 15 Oktober ini.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan