Elizabeth Taylor selamat jalani pembedahan jantung

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Elizabeth Taylor berucap di gala The Macy's Passport Fashion Show pada 24 September 2009, di Santa Monica, California. -Foto AP
Elizabeth Taylor berucap di gala The Macy's Passport Fashion Show pada 24 September 2009, di Santa Monica, California. -Foto AP

PELAKON terkenal Hollywood Elizabeth Taylor berkata dia telah menjalani pembedahan jantungnya dengan sempurna, dengan menambah ‘ia seperti saya sudah mempunyai sebuah jam baru’.

Kata bintang berusia 77 tahun ini di laman web Twitter pada Selasa lalu, dia dimasukkan ke sebuah hospital untuk menjalani prosedur jantung itu dan meminta 164,239 peminatnya untuk mendoakannya.

Pembedahan itu melibatkan penanaman satu klip untuk mencegah ‘kebocoran’ darah di dalam jantungnya melalui injap mitral.

“Rakan-rakan sekalian, prosedur jantung saya telah berjalan dengan sempurna,” katanya.

“Ia seperti saya sudah mempunyai sebuah jam baru. Terima kasih untuk doa-doa dan ucapan-ucapan untuk saya. Saya tahu semua orang banyak membantu. Sayang semua, Elizabeth.”

Taylor telah mengalami kegagalan jantung lima tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan yang tidak berbahaya di bahagian otak pada 1997.

Pelakon ‘The Nanny’ dan ‘The Flintstones’ ini selalu menggunakan kerusi roda ketika berada di tempat awam.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan