Amani: Saya dan Gavin banyak persamaan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mereka berdua ditemui menjaja kek-kek coklat untuk tujuan amal sempena Pertandingan Kek Coklat Ketiga yang berlangsung di Great Eastern Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mereka berdua ditemui menjaja kek-kek coklat untuk tujuan amal sempena Pertandingan Kek Coklat Ketiga yang berlangsung di Great Eastern Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"GAVIN pelik, saya pun pelik. Jadi kami serasi lah!" jawab aktres Sharifah Amani dalam nada ceria ketika menceritakan tentang hubungannya dengan pelakon dari Britain, Gavin Stenhouse.

Amani yang mesra dengan panggilan Nani ini kelihatan cukup mesra dengan kekasihnya itu ketika ditemui pada acara amal sempena pertandingan kek coklat di Great Eastern Mall, baru-baru ini.

Kemesraan pasangan Gavin dan Nani cukup terserlah dengan senyuman tak lekang di bibir masing-masing. Walaupun tempoh perkenalan mereka tidak lama, kemesraan mereka memperlihatkan mereka seolah-olah sudah lama berkenalan.

Menurut Amani, keserasian itu wujud kerana kedua-dua mereka adalah pelakon dan oleh itu, mereka saling memahami sesama sendiri.

"Kami bercakap topik yang sama. Kami bersama-sama menonton filem, teater, drama di samping mendengar muzik. Kami rata-ratanya mempunyai banyak persamaan bersama," katanya

Ramai barangkali mengetahui detik pertama pertemuan Nani dan Gavin adalah di lokasi penggambaran filem terbitan KRU Studios, 'Merong Mahawangsa'.

Hubungan mereka difahamkan menjadi rapat kerana Nani ialah penolong pengarah 'stunt' dalam filem Merong Mahawangsa itu sementara Gavin ialah salah seorang pelakon.

Akhirnya hari demi hari yang berlalu membuahkan bibit-bibit cinta pasangan kekasih ini.

Dan ternyata, percintaan mereka itu bukan lagi rahsia apabila Nani membawa jejaka berusia 23 tahun itu ke majlis pengenalan bayi kembar kakaknya, Sharifah Aleya pada bulan lalu.

Bagaimanapun menurut aktres yang juga berusia 23 tahun ini, hubungan mereka bakal 'teruji' apabila Gavin pulang ke negara asalnya pada 1 November ini atas urusan kerja.

Nani sendiri tidak tahu sama ada Gavin akan kembali semula ke Malaysia atau dia sendiri akan terbang ke Britain untuk berjumpanya kelak.

Masih kabur tentang masa depan mereka, Nani berkata: "Buat masa ini, saya tidak mempunyai apa-apa perancangan lagi. Sehingga realiti (Gavin pulang ke Britain) belum terjadi, saya hanya mengambil selangkah pada satu-satu masa dan melalui satu hari demi satu hari."

Ditanya adakah dia akan melakukan apa-apa 'kejutan' mahupun sebarang sambutan sementara Gavin masih berada di Malaysia, Amani berkata, dia tidak dapat memberikan apa-apa perkara buat masa ini.

"Saya tidak tahu, saya benar-benar tidak tahu. Jika saya beritahu pun, ia akan dilaporkan di media dan tidak wujud kejutan kepadanya lagi," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan