Aiman tampil dengan album 'Aiman'

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aiman sewaktu pelancaran album
sulungnya berjudul 'Aiman' pada 11 September lalu di Dewan Perdana Felda. -Foto FMC Sdn Bhd
Aiman sewaktu pelancaran album sulungnya berjudul 'Aiman' pada 11 September lalu di Dewan Perdana Felda. -Foto FMC Sdn Bhd

SETAHUN yang lalu, nama Aiman (Mohamad Aiman Md Sidek) mungkin hanya dikenali oleh peminat-peminat rancangan Akademi Nasyid di TV9, namun kini, Aiman dikenali sebagai bakat baru yang berpotensi tinggi dalam industri muzik tanah air.

Terdahulu, beliau membuat penampilan sulung di Juara Lagu 2008 dengan membawakan cabaran kategori Etnik Kreatif, melalui lagu 'Dusta Berkalang'.

Seterusnya populariti beliau diukur melalui pencalonan beliau sebagai finalis Anugerah Bintang Popular 2008 untuk Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Nasyid Popular.

Berbekalkan kecekalan dan kesungguhan, Aiman kini tampil dengan album sulung beliau menggunakan nama beliau sendiri sebagai judul album.

Album yang memuatkan lapan buah lagu-lagu baru ini diterbitkan sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun, sekali gus bertindak sebagai mentor beliau.

Album Pop ini menampilkan karya-karya segar serta ditangani penulis-penulis lirik berpengalaman dan terkini seperti Ad Samad, Ahmad Fedtri Yahya, Sulu Sarawak dan Hafiz Hamidun.

Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini terdiri daripada Dusta Berkalang (Finalis AJL 2008), Hanya Kepalsuan, Selalu Ada (Duet bersama Heliza), Pergi Saat Indah, Kisah Insan, Teman Biasa, Menanti Solehah dan Cinta Terakhir.

Single terkini beliau, Cinta Terakhir, telah mendapat perhatian banyak pihak, dan kini sedang mendaki carta-carta lagu utama di Malaysia.

Lagu ini juga telah menjadi lagu tema bagi drama Murabbi di Astro Prima sempena sambutan Hari Guru yang lalu.

Album yang diterbitkan oleh Arteffects Production ini akan diedarkan oleh FMC Sdn. Bhd. dan akan mula berada di pasaran pada Syawal ini dengan harga RM29.90.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan