YPN tiada kaitan lagi dengan Maizawati

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maiza dengan jubah abayanya. -Foto koleksi MAIZA
Maiza dengan jubah abayanya. -Foto koleksi MAIZA

KENYATAAN Maizawati Zainal atau Maiza yang menarik diri daripada menjadi duta program BondaMama dan produk tudung Myza kelolaan Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN) mendapat perhatian yayasan itu sendiri untuk menerangkan hal yang sebenar.

Menerusi e-mail yang dikirimkan oleh Presiden YPN, Ameer Soekre Ishak, dia menjelaskan penarikan diri bekas isteri penceramah dan penyanyi nasyid Akhil Hayy itu tidak perlu dijadikan isu kerana sejak Ogos lalu, Maiza memang disahkan bukan lagi duta kepada produk mereka.

Malah, menurut Ameer, Maiza sendiri memang sudah sedia maklum tentang perkara itu.

"E-mail ini dihantar sekadar untuk menerangkan perkara sebenar. Mengenai program BondaMama, kami memilih Maizawati atas dasar bahawa dia boleh menyumbang kepada program ini sebagai penceramah dan juga ikon kepada ibu-ibu tunggal.

"Atas persetujuan itu, kami adakan sidang media pada 5 Jun 2009 untuk mengumumkan pelantikannya. Kami telah menghantar draf perjanjian bagi perlantikannya menerusi e-mail pada 8 Jun 2009 bagi tujuan semakan akhir.

"Namun pada 12 Jun 2009, Maizawati telah mengeluarkan kenyataan kepada mStar menyatakan bahawa dia rasa terkilan dan tertipu berkaitan pelantikan tersebut. Tetapi dia bagaimanapun telah menyatakan semua keraguan itu telah dijelaskan oleh pihak YPN.

"Sehingga hari ini, Maizawati belum mengembalikan deraf perjanjian yang dihantar kepadanya walaupun pihak YPN telah tiga kali menghantarnya dalam bentuk 'softcopy' dan juga bercetak.

"Setelah mengkaji beberapa aspek dan juga mendapat pandangan daripada pelbagai pihak, kami tidak lagi berhasrat untuk meneruskan khidmat Maizawati sebagai duta kepada BondaMama untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak manis berbangkit kelak," kata Ameer yang menambah, program tersebut tetap diteruskan walaupun tanpa pembabitan Maiza.

Tentang pelantikan Maiza sebagai duta produk tudung Myza pula, kata Ameer, buat masa ini, dia enggan mengulas tentang kenyataan Maiza yang mendakwa tidak menerima sebarang royalti kerana katanya, Maiza sendiri tidak pernah menghantar semula perjanjian yang dipersetujui bersama.

"Pada 20 Jun 2009, saya telah mengadakan pertemuan dengan Maizawati bagi membincangkan projek pengeluaran koleksi tudung Myza yang turut disertai oleh pemilik Myza Worldwide, Zabedah Hussin.

"Pertemuan itu adalah bagi membincangkan secara terperinci tentang penglibatan Maizawati dalam projek itu. Saya menerangkan padanya bahawa tujuan projek itu adalah bagi membuka peluang kepada golongan ibu tunggal berdaftar dengan YPN utuk melakukan pekerjaan dari rumah dengan menjahit tudung-tudung keluaran Myza Worldwide.

"Semua pihak yang terlibat telah bersetuju dengan syarat dan tawaran yang disediakan oleh YPN iaitu Maizawati akan dibayar sebanyak RM10 untuk setiap tudung yang terjual. Maizawati juga akan diperuntukkan lima helai tudung sebulan bagi tujuan peragaan di dalam media massa.

"Perjanjian itu telah ditandatangi oleh Maizawati dan Myza Worldwide. Pada 2 Ogos 2009, koleksi Myza dilancarkan. Walaupun terdapat sedikit kekecohan kerana kegagalan Maizawati muncul tepat pada masanya di tempat itu, tetapi ia dapat disempurnakan.

"Tetapi memandangkan YPN tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi bagi mengendalikan program-program promosi tudung Myza, maka YPN melantik Ginadelina Rahim dari Produksi Runut Bunyi (PRB) bagi mengendalikan program pemasaran," katanya.

Tambah Ameer lagi, YPN sentiasa mengelakkan dari sebarang publisiti murahan serta kes-kes sensasi. Malah, dengan penjelasan ini, dia berharap tiada lagi sebarang kenyataan dari mana-mana pihak yang membabitkan YPN dengan mana-mana aktiviti Maizawati.

"Kami juga berharap agar pihak PRB dan Maizawati tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengaitkan aktiviti mereka dengan YPN," katanya.

Di dalam laporan mStar Online semalam, Maiza memaklumkan telah menarik diri daripada program-program kendalian YPN.

Katanya, dia enggan mahu dirinya tertipu kerana sudah berkali-kali meminta pihak YPN untuk mengemukakan surat hitam putih berkaitan dengan program yang dijalankan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan