Mariah Carey rakam lagu Krismas bersama ibu - Berita Hiburan | mStar

Mariah Carey rakam lagu Krismas bersama ibu

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi Mariah Carey muncul dalam program televisyen NBC
Penyanyi Mariah Carey muncul dalam program televisyen NBC "Today" pada 29 September 2009. -Foto AP Photo

MARIAH Carey mendedahkan dia akan merakamkan sebuah lagu Krismas bersama ibunya.

Penyanyi popular itu akui amat teruja dapat bekerjasama dengan ibunya yang merupakan bekas penyanyi opera.

"Saya akan rakam sebuah lagu Krismas dengannya. Saya akan menyanyi dengan gaya saya sendiri dan dia akan membawakan lagu itu dengan gaya operanya," kata Carey.

Pada tahun 1994, lagu Krismas Carey berjudul All I Want For Christmas Is You mendapat sambutan hangat ketika musim perayaan itu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan