Erra hantar Aleesya ke kelas seni Januari depan

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Engku Aleesya Engku Emran mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu dan bapanya. -Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI
Engku Aleesya Engku Emran mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu dan bapanya. -Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

USIA Engku Aleesya Engku Emran, permata hati pelakon Erra Fazira sudah pun memasuki angka enam bulan.

Biarpun Aleesya masih kecil, primadona filem Melayu ini telah merancang pelbagai perkara untuk kebaikan puteri sulungnya dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin itu.

Ibu berusia 35 tahun ini memberitahu dia ingin menghantar Aleesya ke kelas seni pada Januari tahun depan.

“Saya nak hantar dia ke kelas seni seperti membuat sesuatu menggunakan tanah liat dan sebagainya yang sekurang-kurangnya dia ada kawan dan tahu bersosial dengan orang lain.

“Saya tak nak dia hanya menyendiri dan tak pandai bergaul dengan orang lain pula nanti,” ujarnya mengenai Aleesya yang makin pandai bercakap dan menyapa orang lain.

Apabila Erra keluar bekerja, dia mempunyai pembantu rumah, ibu mertua dan ibunya akan bergilir-gilir menjaga Aleesya. Ibarat kata Erra, Aleesya dijaga dengan penuh kasih sayang.

“Kadangkala ibu mertua saya akan datang ke rumah dan menjaga Aleesya. Jika tidak saya akan meminta pembantu rumah yang jaga dan ibu saya juga akan datang ke rumah pada setiap minggu untuk melihat cucunya.

“Tidak susah untuk menjaga Aleesya sebab setakat ini dia bukannya jenis bayi yang suka merengek tak tentu pasal.

“Pada waktu malam, biasanya dia akan tidur sehingga esok dan akan mula bersuara apabila lapar.

“Saya juga ada mempraktikkan semua tips yang diberikan oleh doktor pakar tentang penjagaan bayi semasa melakukan program ‘Gugu Gaga Erra’ sebelum ini.

“Kiranya maklumat yang diberikan memang banyak membantu saya yang tidak tahu apa-apa tentang bayi,” cerita Erra yang begitu mengambil berat tentang Aleesya sehingga selalu mengingatkan dirinya untuk pulang awal ke rumah.

Beritahu Erra, dia juga sentiasa menitikberatkan jadual kerjanya agar masa yang digunakan untuk bekerja dilebih-lebihkan sehingga tiada masa untuk Aleesya.

“Biasanya apabila menjalani pengambaran pada waktu malam, saya akan pastikan untuk balik awal.

“Jadi, saya akan berbincang dengan pihak produksi agar mendahulukan babak mana yang boleh diawalkan agar saya dapat pulang lebih awal.

“Kalau boleh saya nak bermain dengan Aleesya dulu dan tidurkan dia terlebih dulu. Jadi, saya telah minta kebenaran dengan pengarah.

“Misalnya babak dalam rumah walaupun dalam skrip waktu malam, kita masih boleh jalani pengambaran pada waktu siang.

“Semua itu boleh dibincangkan tetapi kadangkala saya kena fleksibel juga kerana orang lain pun ada anak dan saya perlu dengar pendapat orang lain sama.

“Ada masa kita kena memberi dan menerima,” tutur pelakon filem ‘Sembilu’, ‘Maria Mariana’, ‘Pasrah’, ‘Mr. Cinderela’, ‘Cinta Kolestrol’, ‘Kuliah Cinta’, ‘Persona Non Grata’ dan ‘Cuci’ ini.

Sejak lebih setahun lalu, Erra mula terikat kontrak dengan pihak Astro dan terpilih sebagai bintang eksklusif Astro Megadrama.

Mulai saat itu, Erra banyak menerima tawaran berlakon telefilem dan drama seperti ‘Mertua Vs Menantu’, ‘Kasih Tercipta’, ‘Joe Dan Faridah’, termasuk ‘Bonanza’ yang akan disiarkan Ahad ini, 11 Oktober, pukul 10 malam di Astro Prima (saluran 105).

Erra juga akan memasuki penggambaran drama ‘Mertua Vs Menantu musim kedua’ dengan tambahan watak baru seperti pelakon terkenal Lisa Surihani, Farid Kamil dan Ezani Nizariff.

Kata Erra, dia agak teruja dengan ‘orang baru’ yang akan berlakon dalam drama yang telah mencatat jumlah 2.27 juta termasuk siaran ulangan itu.

“Saya rasa tak sabar sebab pelakon-pelakon ini masih ‘fresh’ dan mungkin banyak perkara yang saya tidak tahu tentang mereka dan boleh dikongsi bersama.

“Sebelum ini saya banyak berlakon dengan pelakon senior seperti Ziana Zain dalam filem ‘Sembilu’. Saya ada juga menonton lakonan pelakon baru sekarang.

“Selain itu, saya rasa tertekan juga kerana apabila rating tinggi, mesti orang akan jangkakan drama ini menjadi lebih baik dan bagus.

“Tetapi sekurang-kurangnya ia juga memberikan semangat kepada saya,” luah Erra yang turut dijangka akan tampil dengan album terbarunya pada tahun depan terbitan Suria Records (SRC).

Menyentuh tentang wataknya sebagai Nurul Ain dalam drama ini, Erra berkata dia masih meneruskan watak seorang wanita yang akan mempertahankan prinsipnya.

“Jika dia tak bersetuju, dia akan tunjukkan dalam diam. Tetapi sebagai ibu dia akan lebih matang,” kata Erra yang akan turut berlakon dengan bayi ‘pinjam’ yang pastinya bukan Aleesya untuk memegang watak sebagai anaknya dalam drama 26 episod yang akan disiarkan di Astro Prima tidak lama lagi.

Erra akan berlakon drama ini selama dua bulan dan dalam tempoh itu dia akan mengambil masa seminggu untuk menyiapkan pengambaran telefilem oleh penerbit filem Anak, Michael Ang yang setakat ini menggunakan nama, ’30 Hari Mengenali Cinta’.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan